Skip to main content

Gaya Hidup

Kereta kabel bertemakan Pokemon di Sentosa hingga 31 Disember

Anggaran Waktu Membaca:
Kereta kabel bertemakan Pokemon di Sentosa hingga 31 Disember

Gambar: Mount Faber Leisure Group

Diterbitkan : 07 Nov 2023 11:47PM Dikemas Kini : 08 Nov 2023 04:50PM

SINGAPURA: Anda yang tidak merancang ke luar negara musim cuti ini, kini ada sebab tambahan untuk pergi ke Sentosa pada musim. Mereka boleh menikmati kereta kabel ikonik yang dihiasi dengan gambar-gambar Pokemon.

Gambar: Mount Faber Leisure Group
Tidak seperti kabin bertemakan Pokemon sebelum ini, hiasan kali ini memaparkan tema Pokemon yang lebih meriah. Terdapat lima reka bentuk unik yang memaparkan Master Ball, Great Ball, Ultra Ball, Pokeball dan Love Ball.
Gambar: Mount Faber Leisure Group
Gambar: Mount Faber Leisure Group
Hiasan dalam setiap kereta kabel pula memaparkan watak popular Pokemon termasuk Pikachu, Snorlax, Pichu dan Sprigatito.

Fiesta Pokemon itu tidak hanya terhad di dalam kenderaan kabel itu. Anda juga berpeluang bergambar dengan hiasan yang dipasang di berbagai stesen kereta kabel, termasuk kereta vintaj dan papan-papan gambar gergasi.

Selepas berseronok, anda juga boleh mengunjungi kedai cenderamata di Mount Faber Peak dan Imbiah Lookout untuk mendapatkan barangan khas seperti patung Pokemon dari Jepun. Patung-patung Funko Pop juga akan dijual di kedai itu.

Tiket bagi kereta kabel Pokemon boleh didapati online atau di stesen itu sendiri. Mereka yang memilih untuk mendapatkannya secara online boleh menikmati diskaun 20 peratus bagi tiket ulang alik untuk Cable Car Sky Pass dan Laluan Mount Faber.

Pemegang tiket kereta kabel Pokemon itu juga berpeluang mendapatkan pelindung matahari atau sun visor bertemakan Pokemon percuma di kaunter tiket di sana, selagi stok masih ada.
Sumber : CNA/AT/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita