Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Kerap ulang-alik ke bilik air? Anda mungkin berdepan masalah ini

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Dalam kalangan lelaki sebenarnya terdapat pelbagai jenis penyakit yang boleh terkait dengan keadaan, di mana kerap berulang-alik ke tandas untuk buang air kecil.

Ketahuilah bahawa bila anda kerap lakukan perkara sama, ia merupakan amaran ada sesuatu yang tidak kena.

Oleh sebab itulah anda tidak boleh ambil ringan jika terlalu kerap ‘membuang’, lapor Astro AWANI menukil rencana Maskulin.

Contohnya jika anda pergi ke tandas lebih daripada lapan kali sehari atau sering bangun pada tengah malam semata-mata untuk buang air kecil.

Ia mungkin bermakna anda mengalami masalah kesihatan.

Berikut merupakan contoh penyakit dan simptom yang perlu anda perhatikan:

1. PENYAKIT KENCING MANIS

Kerap membuang air kecil dalam jumlah yang tidak normal merupakan gejala awal penyakit kencing manis.

Ini kerana badan anda cuba untuk membersihkan glukosa yang tidak digunakan di dalam darah melalui air kencing.

2. GANGGUAN PROSTAT

Pembesaran prostat boleh memerah uretra atau saluran kencing yang menutup aliran air kencing.

Keadaan ini menyebabkan berlaku kejanggalan pada dinding pundi kencing, lapor Astro AWANI.

Akibatnya pundi kencing menjadi mudah untuk mengecut walaupun terdapat sedikit sahaja kandungan air. Lantas menyebabkan anda selalu berasa ingin buang air kecil.

3. ANGIN AHMAR ATAU PENYAKIT SARAF

Kerosakan pada saraf yang berkaitan dengan fungsi pundi kencing juga boleh menyebabkan seorang kerap membuang air kecil.

Jadi amat penting anda melakukan pemeriksaan dari semasa ke semasa dengan doktor.

4. DIVERTIKULITIS

Divertikulitis merupakan sejenis keradangan pada dinding usus besar.

Tanda-tandanya adalah sakit yang bermula dari pusat dan bergerak ke bahagian bawah perut, demam, kerap membuang air kecil disertai dengan sakit ketika membuang air kecil, pendarahan rektum, lapor Astro AWANI.

5. FAKTOR PSIKOLOGI

Salah satu daripada perkara tersebut adalah kebimbangan yang berlebihan dan lama.

Sebagai contoh, kebimbangan tentang kewangan, kerja, sekolah, atau keluarga, tetapi tidak boleh menjelaskan mengapa berlaku (gangguan kebimbangan keseluruhan).

Gejala di samping kerap membuang air kecil, termasuk berdebar-debar, berpeluh, ketegangan otot, sukar tidur, mudah terperanjat, cepat marah, sukar menumpukan perhatian, menggeletar, loya, cirit-birit, sakit belakang dan sakit kepala.

6. JANGKITAN SALURAN KENCING

Sentiasa mahu membuang air kecil kerana tidak dapat ditahan dan disertai dengan demam dan rasa tidak selesa atau sakit pada bahagian perut, juga boleh menjadi tanda jangkitan saluran kencing.

7. PUNDI KENCING TERLALU AKTIF

Keadaan di mana otot-otot pundi kencing menguncup tiba-tiba di luar kawalan, menyebabkan keinginan untuk membuang air kecil kencing walaupun pundi kencing tidak penuh air kencing.

8. JANGKITAN BUAH PINGGANG

Selain kerap membuang air kecil, gejala termasuk sakit belakang, sakit pada pangkal paha, loya, muntah-muntah, cirit-birit, demam dan menggigil.

9. BATU KARANG

Mimpi buruk seorang lelaki! Pernah lihat bagaimana seorang lelaki menderita batu karang? Memang cukup mengerikan.

Batu karang ialah batu mineral yang terbentuk di dalam pundi kencing menyebabkan air kencing pekat.

Gejala-gejala lain akibat batu karang dalam pundi kencing adalah kencing keluar sedikit disertai dengan sakit, bangun pada waktu malam untuk membuang air kecil, sakit pada bahagian bawah perut dan terdapat darah dalam air kencing atau warna air kencing bertukar gelap dan keruh.

10. MENGAMBIL UBAT DIURETIK

Jika anda mengambil ubat diuretik iaitu sejenis ubat untuk tekanan darah tinggi atau pembendungan cecair di dalam buah pinggang.

Ubat ini akan memberikan reaksi kepada tubuh anda untuk mengeluarkan cecair berlebihan dalam badan. Lalu menyebabkan anda berasa ingin sentiasa buang air kecil.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan