Kerap makan gula-gula, minuman bergas boleh lemahkan otak kanak-kanak
Otak kanak-kanak (0-8 tahun) merupakan masa emas pembelajaran. Kadar serapan ilmu tinggi; mudah tangkap informasi.
(Gambar hiasan: Breakingpic/Pexels)
KUALA LUMPUR: Otak kanak-kanak (0-8 tahun) merupakan masa emas pembelajaran. Kadar serapan ilmu tinggi; mudah tangkap informasi.
Malangnya pada umur macam inilah mereka dijamu dengan gula gula, jajan, kek dan minuman bergas.
BAGAIMANA CARA UNTUK MENGATASINYA?
Haramkan kesemua di atas dari berada di rumah atau di tangan anak-anak. Masa depan mereka di tangan anda.
Bagi mereka yang mempunyai anak, sila perhatikan anak anda terutamanya bagi mereka yang sudah bersekolah.
Ada satu trend yang membimbangkan sedang berlaku pada kanak-kanak di seluruh dunia.
Mungkin anak anda merupakan salah seorang daripadanya.
Ingin tahu apakah perkara tersebut? Baca pendedahan Hello Doktor di bawah ini yang diterbitkan dalam rencana Pa&Ma.
DARAH TINGGI PADA USIA 6 TAHUN
Satu kajian terbaru yang dijalankan oleh Universiti Oxford mendapati terdapat peningkatan sebanyak dua kali ganda bagi kadar kanak-kanak yang mempunyai tekanan darah tinggi berbanding jumlah pada tahun 2000.
Jika pada tahun 2000, hanya 3 peratus kanak-kanak di seluruh dunia mempunyai tekanan darah tinggi, angka tersebut sudah meningkat kepada 6 peratus pada tahun 2015.
Untuk pengetahuan anda, hanya 1 peratus kes ini direkodkan pada tahun 1990-an.
Ini bermakna peningkatan kes tekanan darah tinggi dalam kalangan kanak-kanak adalah sangat konsisten tahun demi tahun.
Kajian ini berhasil mengumpulkan data antara tahun 1994 hingga tahun 2018 yang melibatkan 47 kajian.
Paling mengejutkan, tekanan darah tinggi ini dikesan pada kanak-kanak yang berumur seawal enam tahun.
OBESITI DAN HIPERTENSI
Hasil kajian ini ditemukan ketika sedang berlaku krisis obesiti kanak-kanak global akibat pemakanan yang tidak sihat.
Perkara ini sememangnya bukan satu perkara yang pelik kerana terdapat kaitan yang kuat antara berat badan berlebihan dan tekanan darah tinggi atau hipertensi.
Pada kebiasaannya, hipertensi tidak menunjukkan sebarang simptom tetapi boleh membawa kepada kejadian strok (angin ahmar) dan serangan jantung.
Ini kerana saluran darah, jantung dan organ-organ lain mempunyai beban yang bertambah.
HIPERTENSI BUKAN LAGI PENYAKIT ORANG TUA
Hipertensi atau tekanan darah tinggi tidak lagi dianggap sebagai penyakit orang tua.
Hasil kajian ini membuktikan bahawa melalui pemakanan yang tidak teratur dan tidak sihat, tekanan darah tinggi boleh menjelma seawal usia kanak-kanak.
Antara faktor yang menyebabkan hal ini berlaku adalah pendedahan kepada pemakanan yang tinggi kandungan garam, lemak dan gula, iklan makanan yang mengelirukan serta promosi-promosi makanan ringan yang menarik minat kanak-kanak.
Ini menjadikan tekanan darah tinggi kanak-kanak sebagai salah satu cabaran kesihatan awam yang perlu ditangani segera di peringkat global sebelum ia membarah.
Nasihati anak-anak anda agar tidak membeli sebarang makanan ringan atau ‘jajan’ yang dijual di kantin sekolah atau penjaja yang berjualan di hadapan sekolah.
Mungkin kali ini anda perlu bertindak tegas agar anak anda tidak menjadi salah seorang mangsa tekanan darah tinggi.
Pihak pentadbiran sekolah juga boleh melarang sebarang penjualan makanan ringan di kantin dan koperatif sekolah selain menghalang penjaja daripada berniaga makanan yang tidak sihat di hadapan sekolah.
Ingatlah untuk mencegahnya sebelum parah!
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.