Kerap bersenam tapi berat badan susah turun. Apa sebabnya?
Dalam usaha untuk mengurangkan berat badan, ada yang sanggup untuk melakukan apa sahaja demi untuk mencapai tujuan itu. Menurunkan berat badan memerlukan usaha dan kesabaran yang tinggi jika ingin melihat hasil yang maksimum.
Tapi, usaha ini tidak boleh dilaksanakan secara paksa atau dalam masa yang terdekat. Ia memerlukan tahap kegigihan yang tinggi dan harus konsisten. Adakalanya, walaupun kerap bersenam, menjaga pemakanan dan melalui program diet, berat badan masih kekal sama tidak menurun.
Jika berlaku sedemikian, mungkin ada yang tidak kena dengan cara kita untuk menurunkan berat badan. Cuba semak semula strategi dan yang penting jangan putus asa!
10 SEBAB BERAT BADAN SUSAH TURUN
Gaya hidup pasif
Melakukan rutin senaman pastinya merupakan sesuatu yang sihat untuk diamalkan. Tapi, jika anda hanya lakukan anggaran dua kali seminggu atau pada hujung minggu sahaja, pastinya ia bukanlah satu rutin yang ideal.
Pada hari-hari lain anda lebih banyak duduk di rumah atau di pejabat tanpa melakukan senaman ringan. Jika berterusan, rutin ini pastinya sukar untuk memberi apa-apa perubahan pada tubuh dan berat badan dalam masa yang terdekat.
Walaupun sibuk di pejabat, cuba banyakkan berjalan ke meja rakan sekerja, menggunakan tangga selain lif dan elak daripada duduk di meja anda semasa waktu makan tanpa keluar pejabat untuk rihatkan minda. Apabila banyak bergerak, ia juga dapat membantu untuk melembutkan otot-otot yang kejang akibat duduk terlalu lama di dalam ofis.
Jika anda bersenam semasa dilanda tekanan, ia akan menghalang penurunan berat badan. Ia juga boleh menyebabkan berat badan bertambah. Apabila seseorang dilanda tekanan, tubuh akan menghasilkan hormon stres atau kortisol yang akan merangsang hormon lapar dan meningkatkan selera, membuat anda rasa teramat lapar.
Oleh itu, pastikan anda tidak dilanda tekanan jika ingin menguruskan badan. Ada juga yang akan ke gim apabila dilanda tekanan. Namun, tanpa disedari ia tidak akan berbuahkan hasil dan berat payah nak turun. Bersenam sepatutnya merupakan aktiviti yang menyeronokkan, bukan menambahkan tekanan.
Pola pemakanan yang betul turut menjadi penentu terhadap keberhasilan berolahraga untuk menurunkan berat badan. Hindari makanan berkalori tinggi yang hanya menjadikan olahraga yang dilakukan hanya sia-sia.
Ada yang terlalu kemaruk ingin kuruskan badan dan sanggup melalui diet yang ekstrim sampai tidak makan langsung sedangkan setiap tubuh kita memerlukan sumber khasiat. Oleh itu, pastikan anda tidak melalui diet yang keterlaluan hingga boleh memudaratkan diri.
Seperti pemakanan seimbang dan olahraga yang tepat, istirehat yang cukup juga penting dan harus jika ingin mendapatkan berat badan yang ideal. Kurang tidur boleh menyebabkan badan menjadi letih dan sukar fokus terhadap kerja. Usaha menurunkan berat badan juga akan menjadi sia-sia.
Usah putus harapan. Teruskan rutin sihat anda untuk bersenam seberap kerap. Tak kiralah berlari-lari anak, berzumba dan sebagainya. Silapnya adakalanya kita meletakkan harapan yang terlalu tinggi dan tidak masuk akal. Contohnya, nak turunkan berat badan sampai 15 kilogram dalam sebulan. Apa pun aktiviti yang dilakukan, pastikan untuk melakukan secara konsisten and perlu banyak bersabar.
Melakukan olahraga yang bertujuan untuk menurunkan berat badan memerlukan komitmen tinggi untuk melihat keberkesanannya. Jika anda melakukannya hanya ikut mood saja, jangan haraplah ia akan berhasil! Kemungkinan berat anda akan kembali naik selepas mood menghilang.
Jika anda tidak konsisten dan bersenam atau bersukan hanya sehari atau dua setiap minggu, usahlah mengharapkan berat badan akan menurun sebanyak10kg atau lebih. Sebaliknya, lakukan secara konsisten selama dua hingga empat minggu barulah boleh merasai hasilnya sedikit demi sedikit.
Membersihkan usus melalui pembuangan makanan sekali atau dua kali sehari merupakan rutin yang sihat dan normal. Jika anda sukar untuk buang air besar ia menandakan anda mempunyai masalah pergerakan usus yang lembab. Inilah juga antara faktor yang akan membuat kesukaran untuk turunkan beratkan badan.
Jarang minum air dan kurang makanan berserat selain mengambil ubat-ubatan juga boleh menjadi punca sembelit. Jika anda mengalami masalah ini, banyakkan minum air, makan buah-buahan dan sayuran agar pergerakan usus menjadi lebih cepat.
Semakin cepat usus bergerak, semakin kurang toksin terkumpul dalam tubuh. Tetapi, sekiranya anda sudah lakukan semuanya tapi masih mengalami masalah sukar untuk ke tandas, pastikan untuk segera dapatkan nasihat doktor.
Lagi banyak kandungan gula dalam air minuman anda, lagi tinggi kalori yang anda ambil. Sebaliknya perbanyakkan minum jus buah-buahan tanpa gula. Atau, lebih baik juga jika anda mengamalkan minuman air kosong.
Tekanan juga sering dikaitkan dengan masalah tidak cukup tidur. Apabila anda dilanda stres, badan akan hasilkan kortisol atau hormon tekanan. Bila hormon tekanan banyak, ia akan menghasilkan hormon ghrelin atau hormon lapar dengan banyak. Bila lapar, anda pastikan akan makan berlebihan.
Penting untuk dapatkan tidur tujuh jam sehari. Kajian juga mendapati mereka yang hanya tidur enam jam atau kurang dalam sehari boleh mengalami kadar kortisol yang tinggi dalam badan. Sebab itu mereka yang tidak cukup tidur akan lebih susah nak turunkan berat badan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.