Kerap bangun malam untuk buang air kecil? Kurang minum air mungkin bukan penyelesaiannya
Pernahkah anda mengurangkan pengambilan air sebelum tidur tetapi masih terjaga pada waktu malam untuk ke tandas? Keadaan itu dikenali sebagai nokturia, iaitu apabila seseorang terjaga daripada tidur sekali atau lebih pada waktu malam untuk membuang air kecil sebelum kembali tidur.
Nokturia menjejas lelaki dan wanita pada kadar yang hampir sama. (Gambar: iStock/Pony Wang)
- Nocturia is a condition in which a person wakes up at night to urinate, and according to Dr Yong Jin, technically even one episode falls within that definition.
- Dr Lee Yee Mun explained that this problem is rarely caused only by drinking water before bed, as many patients produce excessive urine at night.
- Factors such as age, illnesses including diabetes, hypertension, sleep apnoea, heart failure or kidney failure, as well as alcohol, smoking, insomnia and anxiety can contribute.
- Helpful measures include reducing caffeine and alcohol intake, elevating the legs or wearing compression stockings, and seeing a doctor if the symptoms are frequent, sudden or severe.
- Nokturia ialah keadaan terjaga pada waktu malam untuk membuang air kecil, dan menurut Dr Yong Jin, sekali kejadian pun secara teknikal termasuk dalam takrif itu.
- Dr Lee Yee Mun menjelaskan masalah ini jarang hanya disebabkan minum air sebelum tidur, kerana ramai pesakit menghasilkan air kencing berlebihan pada waktu malam.
- Faktor usia, penyakit seperti kencing manis, tekanan darah tinggi, apnea tidur, kegagalan jantung atau buah pinggang, serta alkohol, merokok, insomnia dan keresahan boleh menyumbang.
- Langkah membantu termasuk mengurangkan kafein dan alkohol, meninggikan kaki atau memakai stoking mampatan, serta berjumpa doktor jika gejala kerap, tiba-tiba atau serius.
Keadaan itu dikenali sebagai nokturia, iaitu apabila seseorang terjaga daripada tidur sekali atau lebih pada waktu malam untuk membuang air kecil sebelum kembali tidur.
Menurut Konsultan Jabatan Urologi Hospital Besar Singapura (SGH), Dr Yong Jin, walaupun hanya berlaku sekali, ia secara teknikal boleh dianggap sebagai nokturia.
Pakar Urologi Nexus Surgical, Dr Lee Yee Mun, berkata masalah itu jarang berpunca daripada pengambilan air berlebihan pada waktu malam semata-mata.
Malah, sehingga 80 peratus pesakit nokturia mengalami penghasilan air kencing berlebihan pada waktu malam, yang dikenali sebagai poliuria nokturnal.
Ia berlaku apabila badan menghasilkan lebih sepertiga daripada jumlah keseluruhan air kencing dalam tempoh 24 jam pada waktu malam.
FAKTOR USIA
Ketika seseorang masih muda, hormon antidiuretik (ADH) membantu mengurangkan penghasilan air kencing semasa tidur.
Namun paras hormon itu secara semula jadi berkurangan apabila usia meningkat, menyebabkan lebih banyak air kencing dihasilkan pada waktu malam.
Menurut Dr Lee, seseorang sebaliknya boleh memberi perhatian kepada masa, jumlah dan jenis cecair yang diminum sepanjang hari, berbanding sekadar mengurangkan pengambilan air sebelum tidur.
Nokturia juga tidak semestinya bermakna seseorang mempunyai "pundi kencing longgar".
Dr Yong berkata mereka yang mengalami pundi kencing terlalu aktif mungkin lebih kerap ke tandas, tetapi senaman lantai pelvis pula tidak banyak membantu jika punca utama ialah penghasilan air kencing berlebihan pada waktu malam.
APA PUNCA LAIN?
Bagi mereka dalam lingkungan usia 40-an dan 50-an, nokturia boleh dikaitkan dengan masalah kesihatan seperti obesiti, tekanan darah tinggi, kencing manis dan apnea tidur obstruktif (OSA).
Faktor gaya hidup dan psikologi seperti merokok, pengambilan alkohol, insomnia dan keresahan juga boleh menyumbang kepada keadaan itu.
Bagi golongan berusia 60-an dan 70-an pula, perubahan pada pundi kencing akibat usia, pembesaran kelenjar prostat dalam kalangan lelaki serta penyakit seperti kegagalan jantung, kencing manis dan penyakit buah pinggang kronik juga boleh menjadi punca.
Menurut Dr Yong, nokturia lazimnya tidak dapat ditangani dengan hanya satu perubahan gaya hidup kerana ia bukan semata-mata masalah pundi kencing.
Ia juga boleh berpunca daripada perubahan pada penghasilan air kencing, corak tidur, peredaran darah atau masalah kesihatan lain.
APA YANG BOLEH DILAKUKAN?
Antara langkah yang boleh membantu ialah mengurangkan pengambilan kafein dan alkohol, terutama pada waktu malam.
Mereka yang mengalami pengumpulan cecair pada kaki juga boleh memakai stoking mampatan atau meninggikan kaki pada lewat petang.
Individu yang kuat berdengkur pula disarankan menjalani pemeriksaan bagi apnea tidur obstruktif kerana keadaan itu boleh menyebabkan badan menghasilkan lebih banyak air kencing pada waktu malam.
Dr Yong berkata seseorang harus mendapatkan pemeriksaan doktor jika masalah itu kerap berlaku sehingga mengganggu tidur atau berlaku secara tiba-tiba tanpa sebab yang jelas.
Pemeriksaan juga disarankan jika terdapat darah dalam air kencing, kesukaran membuang air kecil, kaki bengkak, sesak nafas atau rasa dahaga berlebihan.
Menurut Dr Lee, nokturia juga boleh menjadi petanda awal kegagalan buah pinggang kerana ia mungkin menunjukkan buah pinggang tidak dapat memekatkan air kencing dengan baik pada waktu malam.
Namun, nokturia sekali-sekala adalah perkara biasa dan selalunya tidak membimbangkan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.