Skip to main content

Gaya Hidup

Kenderaan elektrik dilancar bagi jemaah berumur kerjakan tawaf

Jabatan pentadbir ehwal Dua Masjid Suci melancarkan kenderaan elektrik baru, khas untuk membantu jemaah umrah daripada golongan warga emas atau golongan dengan keperluan khas, untuk bergerak dan melakukan tawaf sekeliling Kaabah dengan lebih mudah lagi.

Anggaran Waktu Membaca:
Kenderaan elektrik dilancar bagi jemaah berumur kerjakan tawaf

Kenderaan elektrik bagi kegunaan jemaah memerlukan di Makkah (Gambar: Twitter/@reasahalharmain)

Diterbitkan : 15 Dec 2018 12:12AM Dikemas Kini : 15 Dec 2018 12:49AM

MAKKAH: Jabatan pentadbir ehwal Dua Masjid Suci melancarkan kenderaan elektrik baru, khas untuk membantu jemaah umrah daripada golongan warga emas atau golongan dengan keperluan khas, untuk bergerak dan melakukan tawaf sekeliling Kaabah dengan lebih mudah lagi.

Menurut laman jabatan itu, kenderaan tersebut yang dilancarkan Sheikh Abdulrahman Abdul Aziz Al-sudais pada Rabu (12 Dis).

Ia boleh membawa seramai enam penumpang pada satu-satu masa.

Pengerusi jawatankuasa yang menerajui kenderaan elektrik itu Amjad Al-Hazmi berkata, daya usaha tersebut merupakan sebahagian daripada rangka kerja projek peningkatan di Masjidil Haram.

Ia memanfaatkan teknologi dalam pelbagai bidang untuk mempermudahkan pengalaman jemaah di sana.

Khidmat kenderaan elektrik yang dikatakan memenuhi piawaian antarabangsa itu disediakan untuk para jemaah 24 jam sehari.

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita