Kenali Omar Khan, warga S'pura yang pernah mereka permaidani untuk Hotel Nobu, Christian Louboutin
Istilah 'warga dunia' seringkali digunakan secara meluas untuk menggambarkan seseorang yang tidak menjadi warga salah satu negara. Ia tepat sekali bagi bagi Omar Khan, yang mempunyai darah keturunan Pakistan, Jerman, Belanda, China dan Mesir. Beliau dilahirkan di Singapura, dibesarkan di Malaysia, menuntut di Amerika dan bekerja di Hong Kong, Indonesia dan Kuala Lumpur.
SINGAPURA: Istilah 'warga dunia' seringkali digunakan secara meluas untuk menggambarkan seseorang yang tidak menjadi warga salah satu negara. Ia tepat sekali bagi bagi Omar Khan, yang mempunyai darah keturunan Pakistan, Jerman, Belanda, China dan Mesir. Beliau dilahirkan di Singapura, dibesarkan di Malaysia, menuntut di Amerika dan bekerja di Hong Kong, Indonesia dan Kuala Lumpur.
Seperti asal usulnya, bakat Encik Omar juga pelbagai. Selepas menamatkan pengajian di Sekolah Desain Parsons di New York, beliau mengetuai jabatan penataan visual Pedder Group, yang berpangkalan di Hong Kong. Kemudiannya, beliau menubuhkan firma reka hiasan dalamannya sendiri dan mengukir nama dalam menghasilkan permaidani yang khusus dengan penubuhan Omar Khan Rugs, pada 2014.
Sejak itu, permaidani mewahnya dengan desain yang halus menghiasi lantai tempat-tempat terkenal termasuk resort St Regis di Maldives, butik Christian Louboutin di Beijing dan Singapura.
Selain itu, beliau melancarkan koleksi untuk Moie, sebuah kedai berbilang label mewah di Jakarta, pada Disember tahun lepas yang dipanggil "Allora - The Space Between". Koleksi tersebut menampilkan permaidani dengan desain baru dan nostalgia seperti mod 70-an yang dipanggil Yasmin Rug dan desain berilhamkan bunga teratai dipanggil "Neve".
Menerusi koleksi terbarunya pula, Mystical Markings, Encik Omar menggunakan gambar, ikon, bunga, bentuk, simbol pada permaidani yang bukan sahaja menarik tetapi bertujuan untuk memberi inspirasi, perlindungan dan proses penyembuhan.
Sementara koleksinya terus menarik peminat, salah satu desainnya, Savion kini menghiasi Hotel Nobu di Shoreditch, London yang dibuka semula baru-baru ini.
Buat masa ini, Encik Omar sedang sibuk memberi sentuhan terakhir pada permaidani dan kepala katil untuk ELSE, sebuah hotel butik di bangunan bersejarah di tengah-tengah Chinatown, Kuala Lumpur. Projek itu merupakan antara projek cukup besar bagi Encik Omar kerana pembukaan hotel butik ELSE dianggap sebagai salah satu yang paling dinanti-nantikan tahun ini.
Dengan projek menarik dan lebih banyak tempahan masih dalam proses rundingan, Encik Omar, yang juga duta Lulemon, sebuah jenama yang menawarkan pakaian sukan, seringkali mengingatkan dirinya tentang peri pentingnya penjagaan diri dengan berlari serta mengamalkan senaman.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.