Kempen baharu LTA tawar baucar, barangan eksklusif Hello Kitty dan cabutan bertuah
Berita baik bagi para peminat Hello Kitty!
Kempen Hello Kitty’s Move Lite Adventure anjuran LTA akan berlangsung dari 1 hingga 23 November 2025. (Gambar: LTA)
Pada bulan November ini, Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) akan melancarkan kempen 'Hello Kitty's Move Lite Adventure' di mana para peminat boleh menguji kepintaran dan ketangkasan mereka dan mendapatkan baucar, barangan ekslusif Hello Kitty serta peluang menyertai cabutan bertuah.
Terdapat tiga cabaran utama yang boleh disertai para peserta.
1. Cabaran Harian
Dari 1 hingga 21 November, para peserta boleh menjawab beberapa soalan yaag menguji pengetahuan mereka tentang pengangkutan awam.
Setiap hari, satu soalan baharu akan dipaparkan dan syilig akan diberikan bagi setiap jawapan yang betul mengikut tahap kesukaran.
Dengan menyertai cabaran harian ini setiap hari, para peserta berpeluang mengumpul sehingga 1,600 syilig.
2. Cabaran Larian/Jalan Maya
Antara 1 hingga 21 November juga, para peserta boleh menyertai cabaran larian atau berjalan secara maya di mana mereka boleh melengkapkan 12 jarak sasaran, sehingga 50 kilometer bagi mendapatkan sehingga 2,100 syiilng.
Mereka yang mencapai sasaran awal sejauh tiga kilometer akan menerima sijil elektronik eksklusif Hello Kitty.
3. Cap digital
Dari 7 hingga 21 November, para peserta boleh mendaftar masuk di 15 stesen MRT yang ditetapkan bagi mengumpul cap digital dan syiling Hello Kitty yang unik.
Selain itu, para peserta juga boleh menjemput rakan-rakan mereka untuk turut serta dalam permainan itu bagi mengumpul lebih syiling.
Untuk menyertai permainan 'Hello Kitty’s Move Lite Adventure', para peserta boleh mendaftar menerusi laman rasmi ini.
Mereka yang berdaftar sebelum 30 September akan menerima 300 syiling.
Syiling yang dikumpul boleh digunakan untuk menebus barangan eksklusif Hello Kitty, baucar, dan penyertaan cabutan bertuah.
Setiap 50 syiling boleh ditukar dengan satu penyertaan cabutan bertuah, tanpa had penyertaan.
Antara hadiah yang ditawarkan termasuk Nintendo Switch OLED dan Beats Studio Pro Iconic Sound.
Selain itu, pastikan anda tidak terlepas peluang untuk menghadiri acara penutup di One Holland Village pada 22 dan 23 November untuk menebus barangan anda serta menyertai pelbagai aktiviti yang menyeronokkan, termasuk rerurai gambar Hello Kitty.
Maklumat lanjut boleh didapati di laman rasmi Hello Kitty’s Move Lite Adventure.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.