Kelebihan, manfaat asam keping yang tidak diketahui ramai
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar hiasan asam. (Gambar: Pexel)
SINGAPURA: Tidak kira sama ada asam keping atau asam gelugur, ia merupakan sejenis pokok yang dikatakan berasal dari negara jiran, Malaysia. Antaranya di semenanjung seperti di Terengganu, Pahang, Perak, Kelantan, Kedah dan Negeri Sembilan.
Malah pokok asam ini kemudian disebarkan di negara jiran seperti Thailand, Filipina, India dan juga Indonesia. Banyak pokok asam gelugur didapati di kawasan hutan dan sering kali buahnya dikutip dan diambil secara berkala oleh orang-orang kampung berhampiran.
Nama saintifik asam gelugur atau asam keping ialah garcinia cambogia. Lazimnya, tidak semua orang sesuai atau suka makan asam keping. Apa yang mungkin tidak diketahui ramai, ia mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan.

Bukan sahaja digunakan dalam masakan seperti lauk asam, lemak cili padi dan sebagainya. Asam keping juga didapati mempunyai pelbagai kegunaan seperti mengelakkan sajian atau hidangan dari cepat rosak. Selain itu, ia juga sangat berguna untuk menghapuskan bau hanyir pada ikan, daging dan juga ayam selain menjadi pengawet dalam masakan.
Menurut pakar masak, rasa masam yang diperolehi dari asam keping dapat membantu masakan untuk tahan lebih lama. Malah, kebaikkan dan kehebatan asam keping tidak terhenti di situ saja. Terdapat banyak lagi khasiat dari sudut kesihatan yang boleh dimanfaatkan.
Dari segi kesejahteraan pula, asam keping dikatakan dapat membantu untuk melangsingkan tubuh dan dari sudut rawatan tradisional, ia juga merupakan penawar untuk merawat sakit perut yang berkaitan dengan kehamilan.
Walaupun rasanya masam, ia mempunyai sifat antioksidan dan pelbagai flavonoid yang bermanfaat. Sebab itu, asam sering digunakan sebagai bahan dalam julap. Pada masa yang sama ia juga membantu untuk menyerap lemak berlebihan.
Selain digunakan secara meluas untuk masakan, kajian juga mendapati ekstrak asam mempunyai fungsi untuk kesihatan. Antaranya mencegah obesiti, kencing manis, anti kulat, anti oksidan, anti radang dan juga dapat mencegah tumbuhan atau tumor.
12 KHASIAT ASAM KEPING UNTUK KESIHATAN, KECANTIKAN
Cegah ketumbuhan
Menurut satu kajian, asam keping dapat membantu untuk melambatkan ketumbuhan dengan semulajadi. Sebelum ketumbuhan ganas menyerang tubuh anda, baiknya jika anda terhindar dan cegah penyakit ini dari awal.
Demam dan sakit kepala
Inilah antara ubat demam semula jadi yang boleh dicuba. Jika demam, ambil buah asam keping dan rebus, kemudian minum air rebusannya sehingga suhu tubuh reda dan surut. Selain itu, air asam juga dapat membantu menangani migrain. Anda hanya perlu rendam satu hingga dua keping asam gelugur dalam air dan minum seberap kerap

Tambah nafsu makan
Jika anda mempunyai anak yang tidak suka makan atau sesiapa sahaja yang tidak mempunyai selera untuk makan, nah asam keping dapat membantu! Buah asam dikatakan dapat merangsangkan tubuh kita dengan membantu untuk tingkatkan nafsu makan.
Ubat cacing
Inilah antara penawar untuk hapuskan cacing dalam tubuh. Asam keping boleh membunuh cacing atau bakteria yang menyebabkan penyakit cacing yang selalunya menyerang organ pencernaan kita. Jika mengamalkan untuk mengambil buah ini, ia dapat membantu pencernaan kita untuk kembali lancar
Antibarah
Menurut kajian, buah ini adalah baik untuk menyihatkan sel tubuh selain membantu untuk menghapuskan sel yang rosak dan sekali gus mencegah tumbuhan barah dalam tubuh anda.
Atasi kegemukan
Asam keping sering dijadikan sebagai bahan untuk membantu mengatasi masalah kegemukan yang berpunca dari lemak jahat yang melekat di tubuh.
Kencing manis
Selain mengatasi kegemukan, asam keping juga didapati mampu menjadi penawar untuk penyakit kencing manis. Ia dapat membersihkan saluran kencing dari bakteria agar penyakit kencing manis dapat pulih atau disembuhkan secara alami tanpa kesan sampingan yang merbahaya.
Membasmi kolesterol jahat
Selain baik untuk diet, asam keping dapat menyekat kolesterol jahat dan menghapuskannya dari tubuh. Kolesterol jenis inilah yang sangat merbaya bagi mereka yang berbadan kerana ia boleh menjadi punca pelbagai penyakit kronik yang disebabkan oleh kegemukan.
Cegah sakit jantung
Kajian mendapati asam keping dapat membantu untuk mencegah serangan jantung kronik. Buah asam ini dikatakan boleh melindungi organ jantung dari dalam, membuatnya lebih sihat dan semakin pulih.
Rendahkan darah tinggi
Bagi yang mempunyai masalah darah tinggi, khasiat yang diperolehi dari asam keping dapat membantu secara efektif untuk menurunkan tekanan darah tinggi. Lantas, membuatnya lebih stabil dan tidak membahayakan tubuh pesakit.
Redakan sakit gigi dan gusi
Ramai yang mungkin pernah cuba merawat sakit gigi dengan menggunakan asam keping. Caranya mudah, ambil sekeping asam, cuci bersih atau rendam hingga ia lembut sedikit. Letakkan di celah antara gusi dan pipi. Biarkan selama anggaran 15 minit, keluarkan dan kumur mulut dengan air suam.

Kecantikan
Asam keping bukan sahaja dapat membantu melegakan dan merawat kesakitan, ia juga mempunyai peranan dalam penjagaan dan kecantikan kulit. Ia membantu untuk melancarkan pencernaan, mencegah penuaan dan sekaligus memberikan penampikan kulit awet muda.
Caranya mudah, rendamkan satu hingga dua keping asam keping dalam air panas semalaman sebelum tidur. Kemudian apabila bangun pagi anda boleh minum dan tambahkan air untuk diminum pada hari berikutnya.

Sumber : BERITA Mediacorp/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.