Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Kelas buat kek sifon bertemakan watak kartun Sanrio ditawarkan online

Jika anda gemar membuat kek dan mahu mempelbagaikan lagi jenis rekaan manisan itu, ini satu peluang untuk anda. Yang menarik, cara-cara pembuatannya boleh dipelajari dari keselesaan rumah anda sendiri.

Anggaran Waktu Membaca:
Kelas buat kek sifon bertemakan watak kartun Sanrio ditawarkan online

(Gambar: Susanne Ng/Instagram)

Diterbitkan : 30 Jun 2020 08:39PM Dikemas Kini : 30 Jun 2020 08:47PM

SINGAPURA: Jika anda gemar membuat kek dan mahu mempelbagaikan lagi jenis rekaan manisan itu, ini satu peluang untuk anda. Yang menarik, cara-cara pembuatannya boleh dipelajari dari keselesaan rumah anda sendiri.

Bahkan kepuasan membuat kek baru itu akan berganda jika anda adalah peminat watak kartun Sanrio.

Ini kerana Deco Chiffon Cakes kini mengadakan siri video tutorial untuk membuat pencuci mulut, atau lebih tepat lagi kek sifon, bertemakan Sanrio.

Kelas pertama membuat kek tersebut secara online sudahpun bermula sejak 26 Jun lalu. Ia menampilkan watak-watak popular kartun Sanrio seperti My Melody, Hello Kitty dan Little Twin Stars.

Berharga dari S$55.67 hingga S$153.12, mereka yang berminat boleh memilih daripada tiga kelas berbeza. Selain mengikuti video tutorial langkah demi langkah untuk menghasilkan kek sifon, peserta juga dapat memuat turun resipi dan templat serta menerima peralatan membuat kuih yang akan dihantar langsung ke pintu rumah mereka. Namun, semua ini bergantung kepada jenis kelas yang dilanggani.

Kek-kek bertemakan Sanrio itu sememangnya 100 peratus sifon dan tidak disaluti dengan krim mentega mahupun dihiasi fondant pada bahagian luarnya.

(Gambar: Susanne Ng/Instagram)

(Gambar: Susanne Ng/Instagram)

Para pengikut Deco Chiffon Cakes pasti tahu bahawa pengasasnya, Cik Susanne Ng, terkenal dengan daya kreatif beliau dalam membuat kek sifon - biasanya menampilkan rekaan comel seperti watak-watak Pusheen dan We Bare Bears.

Sekiranya anda mengenali seseorang yang menggilakan siri kartun Sanrio, resipi baru ini boleh dijadikan ilham untuk menghadiahkan buah tangan khas hasil air tangan anda sendiri.

Untuk mendaftar atau mengetahui lebih banyak butiran mengenai kelas membuat kek sifon secara online, lungsuri saja ke laman ini. 

Sumber : BERITA Mediacorp/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan