Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Kelab sosial baru mesra keluarga bakal dibuka di Dempsey Hills

Kawasan kejiranan Dempsey di Singapura tidak lama lagi akan menyediakan sebuah tempat bersantai baru yang mesra keluarga.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Kawasan kejiranan Dempsey di Singapura tidak lama lagi akan menyediakan sebuah tempat bersantai baru yang mesra keluarga.

Kelab keanggotaan keluarga yang berpangkalan di London, b_together, akan membuka tempat keduanya di Dempsey sebelum pertengahan tahun ini. Ia menyusuli kejayaan pelancaran kelab itu di St John’s Wood, London, pada Julai 2021.

Kelab b_together memaparkan dirinya sebagai sebuah hab inklusif untuk seluruh keluarga, baik dari ibu bapa yang menantikan kelahiran anak mereka hinggalah ke datuk nenek.

Kelab yang terletak di Dempsey Hill itu akan mengambil alih tapak di Blok 16a, dahulunya menempatkan satu lagi kelab keluarga United Kingdom, Maggie & Rose.

Maggie & Rose sudahpun berhenti beroperasi pada 2020.

Tapak itu kini sedang menjalani kerja-kerja ubah elok dan apabila siap kelak, ia akan menempatkan sebuah sudut bersantai untuk para anggotanya, zon permainan, perpustakaan pinjaman, ruang bermain anak patung untuk kanak-kanak, kawasan bermain di tempat terbuka serta rumah pokok untuk si cilik.

Sementara itu, ibu bapa dan datuk nenek pula boleh duduk menghirup secawan minuman petang di, AT feast, sebuah ruang yang akan turut menganjurkan acara serta kelas memasak.

Kelab b_together adalah cetusan idea usahawan UK Maggie Bolger, yang turut mengasaskan Maggie & Rose. Bolger sudahpun meninggalkan Maggie & Rose selaku pengasas bersama merangkap Ketua Pegawai Eksekutifnya dan b_together digambarkan sebagai evolusi konsep asal beliau.

Tempat asal b_together di London menggabungkan sbeuah program jagaan kanak-kanak, zon permainan anak patung, ruang mesyuarat dan ruang kerja serta sebuah apartmen untuk para anggota yang ingin menginap dalam tempoh singkat.

Menurut laman syarikat itu, keanggotaan kelabnya di London bermula dari £185 (S$337) setiap bulan dan ia boleh digunakan untuk sehingga enam anggota keluarga.

Butiran tentang keanggotaan kelab itu di Singapura belum lagi didedahkan.

Kelab b_together di Singapura adalah satu kerjasama dengan Elen Fu, pengasas peruncit pakaian berjenana mewah untuk kanak-kanak, Kids21.

Kelab itu "dirancang dengan teliti untuk memenuhi semua keperluan keluarga moden", menurut syarikat tersebut dalam kenyataan media. Ia akan menyediakan ruang buat ibu bapa dan anak-anak mempererat hubungan, belajar serta bermain bersama-sama.

Keluarga yang berminat boleh mendaftar di sini.

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan