Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Kejohanan bina badan tutup aurat di Kelantan bulan depan

Kerajaan Kelantan menerusi Urusetia Belia dan Sukan negeri itu akan mengekalkan konsep pertandingan bina badan yang dinamakan Mr Awang Selamat Kelantan 2019 bertemakan badan cantik patuh syariah pada 12 Oktober ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Kejohanan bina badan tutup aurat di Kelantan bulan depan
Diterbitkan : 17 Sep 2019 09:04PM Dikemas Kini : 17 Sep 2019 09:18PM

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan menerusi Urusetia Belia dan Sukan negeri itu akan mengekalkan konsep pertandingan bina badan yang dinamakan Mr Awang Selamat Kelantan 2019 bertemakan badan cantik patuh syariah pada 12 Oktober ini.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO negeri, Encik Wan Roslan Hamat berkata, tidak sebagaimana pertandingan bina badan biasa, pertandingan itu akan menonjolkan para peserta berseluar panjang melebihi paras lutut dan bahagian pusat ditutup dengan kain selendang dan bertanjak di kepala.

Encik Wan Roslan berkata, pihaknya menetapkan garis panduan dalam cara berpakaian sejak pertandingan itu pertama kali diadakan pada 2016.

"Pertandingan ini mendapat kerjasama daripada Pertubuhan Awang Selamat Kelantan (PASAK) dengan enam kategori iaitu; Mr Awang Selamat Kelantan Bakat Baru (Tertutup), Mr Awang Selamat Kelantan PASAK (Tertutup), Mr Awang Selamat Kelantan (Tertutup) 70kg ke bawah, Mr Awang Selamat Kelantan (Tertutup) 70kg ke atas.

"Selain itu, ada juga kategori terbuka iaitu; Mr Awang Selamat Kelantan (Terbuka) 70kg ke bawah dan Mr Awang Selamat (Terbuka) 70kg ke atas," katanya semasa sidang media di Kompleks Kota Darul Naim hari ini.

Encik Wan Roslan berkata, setakat ini seramai 110 peserta sudahpun mendaftar termasuk daripada pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan daripada beberapa negeri iaitu Pulau Pinang, Pahang dan Terengganu dan penyertaan masih dibuka sehingga pada hari pertandingan. 

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan