Keistimewaan dan kegunaan limau kasturi yang tidak diketahui ramai
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar hiasan: Pexels
SINGAPURA: Limau kasturi merupakan sejenis buah sitrus yang sering digunakan dalam masakan Asia. Perahan jus dari limau kasturi ternyata dapat memberikan rasa segar pada apa juga sajian, tidak kiralah makanan atau minuman.
Jika ia dimakan begitu sahaja rasanya memang masam. Sebab itu, ia biasanya digunakan sebagai bahan penambah rasa dan penyedap dalam minuman dan makanan. Namun kegunaan limau kasturi tidak terhenti setakat itu sahaja. Buah yang juga dikenali sebagai calamansi ini juga mempunyai banyak manfaat dari segi perubatan dan baik untuk kesihatan.
Berasal dari China, ia mempunyai gelaran yang berbeza-beza. Limau kasturi dikenali sebagai kalamondon di Filipina, Manaowan di Thailand dan jeruk potong di Indonesia. Walaupun saiznya kecil, limau kasturi mempunyai pelbagai kegunaan dari khasiat untuk kesihatan dan kecantikan.
Selain itu, limau kasturi juga merupakan antara buah yang dapat membantu menyegarkan tubuh yang letih sepanjang bulan Ramadan nanti. Contohnya, jika selepas berbuka tubuh terasa letih dan lesu untuk berterawih, anda boleh cuba untuk menanganinya dengan mengambil kiub jus limau kasturi. Ia membantu untuk menyegarkan semula tubuh untuk meneruskan ibadah dan membantu untuk menangani rasa lelah semasa bersolat terawih nanti.
Untuk membuat kiub jus limau kasturi ini juga tidak sukar. Anda hanya perlu beberapa biji perahan jus limau kasturi, letakkan dalam jag dan masukkan sedikit madu dan air. Kacau sebati dan kemudian tuangkan ke dalam bekas kiub ais.

Simpan dalam peti sejuk bahagian beku hingga ia menjadi ais, kemudian masukkan ketulan ais ke dalam gelas kosong menjelang waktu berbuka dan tuangkan air panas separuh cawan. Biarkan ais kiub cair sebelum menikmati minuman campuran jus limau kasturi ini.
BERKHASIAT DAN TINGGI ANTIOKSIDA
Diperkaya dengan pelbagai khasiat, limau kasturi bukan setakat membantu untuk mencegah penyakit, tapi ia boleh menangani masalah mulut. Vitamin yang terkandung di dalam limau kasturi dapat mencegah kerosakan gigi, pendarahan gusi dan juga kehilangan gigi selain menghapuskan plak.
Di samping itu, jus limau kasturi turut mampu untuk mencegah sembelit, memperbaiki pergerakan usus dan menghapuskan lemak yang terkumpul. Pada masa yang sama ia juga turut memberikan rasa yang mengenyangkan. Sebab itu, anda sangat digalakkan untuk meminum jus limau kasturi sebelum makan agar anda tidak terlebih makan.

Kandungan vitamin C dan bahan antioksidannya yang tinggi juga mampu dijadikan sebagai penghilang bau badan terutama jika ia dinikmati bersama dengan kulitnya. Caranya dengan memerah jus buah limau kasturi ke dalam air mandian atau menggosoknya terus di bahagian yang berbau dan bilas bersih,
LAIN-LAIN KEGUNAAN LIMAU KASTURI
LAIN-LAIN KEGUNAAN LIMAU KASTURI

Semburan
Bukan sahaja sesuai dijadikan bahan dalam minuman dan sajian, air semburan limau nipis juga didapati sesuai untuk membersihkan udara di dalam rumah. Anda hanya perlu campurkan perahan limau nipis bersama garam dan air, di dalam bekas spray dan sembur ke ruangan di dalam rumah anda. Ia dapat mematikan kuman dan sekaligus mewujudkan haruman yang wangi.

Demam
Ambil dua hingga empat genggam daun limau kasturi dan rebuskan menggunakan anggaran dua hingga empat gelas air. Apabila air sudah mendidih, ambil air rebusannya untuk dituam pada mereka yang sedang demam. Caranya mudah, basahkan tuala kecil dengan air rebusan, perah dan tekapkan pada dahi pesakit.
Sakit kepala
Ambil sebiji limau kasturi, potong bahagian atasnya sedikit. Picit kulit limau kasturi sehingga cecairnya keluar dan pastikan ia menghalakan ke arah hidung.
Lelah
Ambil anggaran lima titis jus limau kasturi dan campurkan dengan satu sudu makan madu. Nikmati campuran ini pada bila-bila masa. Tidak perlu tunggu sampai lelah baru nak minum. Amalkan seminggu sekali.

Bakar lemak
Amalkan setiap hari untuk minum perahan limau nipis dengan campuran teh bebas gula. Pastikan teh yang diminum suam kerana kesannya lebih cepat.
Kelemumur
Petua tradisi ini dikatakan dapat mengatasi masalah kelemumur. Ambil beberapa helai daun rambutan dan ramas dengan 1/2 cawan air hingga ia keluarkan lendir. Kemudian campurkan dengan dua cawan santan dan perahan satu biji limau kasturi. Lumurkan pada seluruh kepala dan balut dengan tuala lembap. Biarkan seketika sebelum bilas bersih. Ulang rutin ini seminggu sekali

Kesan minyak
Jika terdapat kesan minyak pada pakaian, cubalah perah sebiji limau kasturi di bekas yang kecil dan campurkan dengan sedikit garam. Kemudian gosokkan pada bahagian yang terkena minyak, biarkan anggaran 10 minit hingga kesan pudar dan hilang sebelum mencucinya.
Kahak dan batuk
Bagi yang sukar untuk menyingkirkan kahak, limau kasturi merupakan antara ‘ubat’ yang dapat cairkan kahak. Ia membantu untuk melonggarkan dan nipiskan dinding lendir kahak.
Jika amalkan untuk minum air limau kasturi suam tanpa gula, ia dapat menyingkir kahak dengan cara yang berkesan dan lebih mudah. Anda hanya perlu perah anggaran empat hingga lima biji limau kasturi dalam segelas air suam. Kacau rata dan amalkan untuk minumnya tiga kali sehari.

RESEPI JUS LIMAU KASTURI
Bahan
1 -2 sudu kecil gula
3 biji limau kasturi
Air secukupnya
Cara
Cairkan gula di dalam periuk kecil dan ketepikan. Belah limau kasturi dan campurkan ke dalam air. Nikmati selagi suam atau letakkan ketulan air, mengikut citarasa anda.

Sumber : BERITA Mediacorp/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.