Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Kedai runcit 24 jam pertama tanpa pekerja bakal dibuka di Jurong

Sebuah kedai runcit tanpa pekerja dan beroperasi sepanjang masa akan dibuka di Pulau Jurong bulan depan.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 16 Aug 2019 08:41PM Dikemas Kini : 16 Aug 2019 11:31PM

SINGAPURA: Sebuah kedai runcit tanpa pekerja dan beroperasi sepanjang masa akan dibuka di Pulau Jurong bulan depan.

Kedai itu berpotensi memberi khidmat kepada 18,000 pekerja di sana dan teknologi tersebut dapat menangani masalah kekurangan tenaga kerja dalam sektor runcit.

Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing merujuknya sebagai contoh bagaimana sektor runcit dapat berinovasi dalam persekitaran yang mencabar.

Pelanggan hanya perlu mengimbas telapak tangan untuk mendapatkan barang dan dompet mudah alih kemudian bakal diaktifkan.

Memandangkan semua barang di kedai tersebut ada tag RFID, pelanggan akan dikenakan bayaran apabila keluar dari pintu.

Kedai runcit tanpa pekerja seperti itulah yang boleh dijangkakan para pekerja Pulau Jurong tidak lama lagi. Ia adalah kedai kedua seumpamanya yang dilancarkan syarikat tempatan Octobox. Kedai pertamanya terletak di Universiti Nasional Singapura (NUS).

Kedai bijak tersebut menyediakan pengalaman pelanggan yang lancar tanpa menjejaskan keselamatan. Ia dilengkapi ciri biometrik yang menghubungkan kepada pembayaran dan dapat mengelakkan kecurian.

Kedai runcit tanpa pekerja bukanlah konsep baru di Singapura. Ia sudah menjadi hal biasa di banyak kejiranan sejak beberapa tahun lalu.

Menurut Encik Chan, konsep itu mungkin menjadi cara kedai runcit dikendalikan pada masa depan.

Bagi membantu perniagaan berinovasi dan memenuhi keperluan pengguna yang berubah, Persatuan Peruncit Singapura memeterai kerjasama dengan dua universiti untuk meluaskan program-program latihannya. 

Sumber : CNA/NU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan