Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Kedai roti Hong Kong ini dikritik bersihkan rak roti guna mop

Anggaran Waktu Membaca:
HONG KONG: Pihak berkuasa kebersihan makanan di Hong Kong mengeluarkan notis amaran kepada sebuah kedai roti tempatan.

Tindakan itu dibuat setelah tular di media sosial gambar seorang pekerja menggunakan mop lantai untuk membersihkan rak roti.

Gambar dimuat naik dalam satu catatan di Facebook oleh seorang penduduk, Tsz Wan Shan pada 21 Januari lalu jelas menunjukkan kekesalannya terhadap pekerja kedai roti berkenaan di sebuah pusat beli-belah di sana.

Wan Shan tidak menyangka pekerja berkenaan tergamak menggunakan mop lantai untuk mengelap rak kosong sebelum meletakkan roti yang bakal dijual.

Gambar itu pantas tersebar di pelbagai platform media sosial dengan orang ramai menyuarakan kebimbangan terhadap reputasi kedai roti berkenaan, lapor SCMP.

Biarpun mop yang digunakan mungkin khusus untuk membersihkan rak, budaya dan tanggapan masyarakat setempat mengaitkan mop dengan pembersihan lantai menyebabkan timbulnya pelbagai kritikan orang ramai.

Menyusuli kejadian itu, kedai roti terbabit mengeluarkan permohonan maaf dan mengakui bahawa tindakan pekerja berkenaan tidak wajar, lapor SCMP.

Pihak kedai turut mengesahkan bahawa pekerja terlibat sudah meletakkan jawatan.

Selain itu, penduduk setempat melaporkan bahawa kedai roti tersebut menghentikan operasi selama sehari dan mengarahkan seorang pekerja wanita untuk membersihkan rak roti dengan menggunakan kain lap dengan lebih teliti.
Sumber : Agensi berita/NK/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan