Skip to main content

Gaya Hidup

Kedai Phoon Huat, Redman hadkan pelanggan ikut NRIC mulai 25 Apr

Dengan kedai-kedai manisan dan kudapan antara peniaga yang perlu ditutup semasa tempoh 'circuit breaker' yang lebih ketat ini, maka tidak hairanlah jika semakin ramai yang ingin membuat sendiri kek atau biskut di rumah. 

Anggaran Waktu Membaca:
Kedai Phoon Huat, Redman hadkan pelanggan ikut NRIC mulai 25 Apr
Diterbitkan : 24 Apr 2020 10:14PM Dikemas Kini : 24 Apr 2020 10:16PM

SINGAPURA: Dengan kedai-kedai manisan dan kudapan antara peniaga yang perlu ditutup semasa tempoh 'circuit breaker' yang lebih ketat ini, maka tidak hairanlah jika semakin ramai yang ingin membuat sendiri kek atau biskut di rumah.

Tidak kurang juga sebilangan pelanggan yang ingin membuat kuih Raya.

Jika anda tergolong dalam dua kumpulan ini dan merancang untuk membeli bahan-bahan untuk membuat kuih dari kedai Redman atau Phoon Huat, anda perlu merancang pembelian anda mengikut sekatan yang baru diperkenalkan.

Rangkaian kedai popular yang menjual bahan-bahan kuih itu mengumumkan pada Khamis (23 Apr) langkah-langkah baru bagi menghadkan jumlah pelanggan dan mengelakkan kesesakan.

Mulai 25 April, kemasukan ke dalam kedai dihadkan mengikut angka terakhir NRIC atau FIN seseorang pelanggan.

Jika seseorang pelanggan mempunyai nombor NRIC atau FIN yang berakhir dengan angka ganjil (1, 3, 5, 7, 9), anda hanya boleh melanggani kedai tersebut pada tarikh ganjil saja. Begitu juga bagi mereka dengan angka genap bagi nombor terakhir pada kad pengenalan mereka, yang dibenarkan membeli-belah pada tarikh genap.

Langkah ini selaras dengan peraturan baru yang dikuatkuasakan sejak 22 April di empat pasar basah yang popular di Singapura di bawah langkah 'circuit breaker' yang lebih ketat.

Selain itu, para pelanggan cawangan Phoon Huat dan Redman hanya dibenarkan 10 minit untuk membeli-belah.

Namun bukan itu saja 'syarat' yang dikenakan apabila membeli-belah di Redman atau Phoon Huat buat masa ini.

Tiada bayaran tunai atau duit kecil akan disediakan, sebaliknya hanya pembayaran tanpa tunai yang ditawarkan.

Di samping itu, para pelanggan perlu mematuhi langkah-langkah seperti memeriksa suhu badan dan mengisi borang perisytiharan kesihatan sebelum masuk. Mereka juga perlu menjaga jarak selamat satu meter dan memakai pelitup setiap masa mereka berada di dalam kedai.

Jika terlalu menyulitkan, anda boleh membuat pembelian secara online di www.redmanshop.com

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita