Skip to main content

Gaya Hidup

Kedai, kafe bertema watak popular Sanrio dibuka di Universal Studios Singapore

Sebuah kedai dan kafe bertemakan Sanrio dibuka baru-baru ini di Universal Studios Singapore (USS).

Anggaran Waktu Membaca:
Kedai, kafe bertema watak popular Sanrio dibuka di Universal Studios Singapore

Superstar Boutique dan Superstar Cafe menawarkan pelbagai barangan runcit dan makanan bertemakan watak-watak Sanrio yang popular seperti Hello Kitty, My Melody, Cinnamoroll dan Kuromi. (Gambar: CNA/ Joyee Koo)

Diterbitkan : 29 Apr 2026 10:27PM Dikemas Kini : 29 Apr 2026 10:28PM
SINGAPURA: Sebuah kedai dan kafe bertemakan Sanrio dibuka baru-baru ini di Universal Studios Singapore (USS).

Terletak di zon Hollywood USS, Superstar Boutique dan Superstar Cafe menawarkan pelbagai barangan runcit dan makanan bertemakan watak-watak Sanrio yang popular seperti Hello Kitty, My Melody, Cinnamoroll dan Kuromi.

Kedai itu yang beroperasi setiap hari dari pukul 10.00 pagi hingga 7.00 malam, menawarkan pelbagai jenis barangan termasuk anak patung, alat tulis, aksesori dan rantai kunci.

Ia juga menampilkan koleksi Sanrio USS yang eksklusif.

Ruang itu direka dengan pelbagai sudut bergambar, termasuk latar belakang berwarna-warni dan perhiasan bertemakan watak-watak Sanrio di dalam kedai itu.

Para pengunjung juga boleh menyertai sesi bertemu dan bergambar bersama dengan maskot watak-watak Sanrio termasuk Hello Kitty dan Pompompurin.

Superstar Cafe pula menghidangkan pelbagai makanan dan minuman berilhamkan watak-watak Sanrio.

Ini termasuk 'Hello Kitty Strawberry Delight' dan 'Kuromi Black Sesame & Vanilla Swiss Roll' serta minuman seperti 'My Melody Popping Lemon Fizz'.
Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita