Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Kecil tapi penting. Ini 15 fakta menarik tentang hidung

Terdapat beberapa fakta menarik tentang hidung yang akan membuat anda lebih menghargai adanya organ kecil itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Kecil tapi penting. Ini 15 fakta menarik tentang hidung

(Gambar: Shutterstock/Merdeka.com)

Diterbitkan : 29 Dec 2017 05:34PM Dikemas Kini : 29 Dec 2017 05:50PM

BERITAMediacorp: Hidung merupakan organ penting yang paling ketara pada bahagian wajah. Bukan setakat sebagai anggota penting untuk bernafas, hidung juga berfungsi sebagai deria hidu. Pendek kata, memang tak boleh hidup tanpa hidung.

Menurut laporan laman boldsky.com, terdapat beberapa fakta menarik tentang hidung yang akan membuat anda lebih menghargai adanya organ kecil itu.

Berikut fakta-faktanya:

1. BAYI BOLEH MENYUSU DAN BERNAFAS DALAM SATU MASA

Ya. Bayi boleh menyusu dan bernafas dalam satu masa. Tidak seperti orang dewasa dan kanak-kanak, saluran pernafasan bayi sedikit berbeza. Malah, meskipun bayi bernafas sedang ia menyusu, bayi langsung tidak tersedak.

Sekalipun begitu, sebaik saja bayi bercerai susu, kemampuan itu tidak lagi boleh dilakukan.

Gambar hiasan. 

Percaya atau tidak, ketika anda baru mengenali seseorang, hidung anda juga memainkan peranan? Apabila anda tertarik kepada seseorang, anda boleh terangsang secara seksual hanya dengan menghidu bau mereka.

Bau yang dihasilkan oleh tubuh atau feromon kemudian terus sampai kepada otak dan membuat anda rasa tertarik untuk berinteraksi dengan seseorang.

(Gambar: Bodsky.com/Merdeka.com)

Paru-paru anda tidak boleh menerima udara kering. Oleh itu, ketika anda bernafas hidung akan membantu mewujudkan sekitaran lembab menerusi lendir yang ada di dalamnya.

Dengan ini, udara dalam hidung akan menjadi lembab.

4. HIDUNG LINDUNGI ANDA DARI PENCEMARAN, ALERGI & MIKROB

Bahagian dalam hidung terdapat rambut-rambut kecil yang dipanggil silium. Silium bertanggungjawab untuk menyaring bahan pencemar yang berbahaya, alergen dan mikrob yang terdapat dalam udara ketika anda menghirupnya. Kemudian bahan-bahan itu akan terperangkap pada lendir dalam hidung.

Proses itu amat penting kerana paru-paru tidak boleh menerima bahan-bahan atau partikel asing. Untuk pengetahuan anda, bahan pencemar yang terperangkap pada lendir akan perlahan-lahan masuk ke perut dan dihancurkan oleh asid (asam lambung).

(Gambar: Bodsky.com/Merdeka.com)

5. HIDUNG HANGATKAN UDARA YANG DIHIRUP

Selain udara kotor, paru-paru juga tidak menyukai udara dingin. Oleh itu hidung berfungsi untuk menghangatkan dan mewujudkan sekitaran yang lembab apabila udara dihirup.

6. ANDA TIDAK BOLEH NIKMATI MAKANAN TANPA HIDUNG

Tanpa menghidu aromanya terlebih dahulu, pastinya anda tidak dapat menikmati makanan yang dimakan. Itulah sebabnya mereka yang mengalami selesema mengeluh dan mengatakan mereka tidak boleh menikmati makanan.

7. HIDUNG BOLEH LINDUNGI ANDA DARI BAHAYA KERACUNAN MAKANAN

Selain membolehkan anda menikmati makanan, hidung juga boleh menjauhkan anda daripada bahaya keracunan makanan. Ini kerana hidung boleh menghidu aroma aneh dari makanan.

8. BENTUK HIDUNG ADA KAITAN DENGAN CARA ANDA BERTUTUR
Suara yang dihasilkan bergantung kepada tiga organ tubuh – hidung, sinus atau rongga kecil antara tulang pipi dengan dahi dan juga larinks.

Larinks di mana peti suara berada akan bergetar ketika anda berbicara. Kemudian, getarannya akan bergema melalui hidung dan sinus sekaligus menghasilkan suara yang unik bagi setiap individu.

Itulah sebabnya jika anda menutup hidung, suara akan berubah. Begitu juga dengan bentuk hidung yang mempengaruhi cara anda bertutur atau suara anda.

(Gambar: Bodsky.com/Merdeka.com)

9. MEMORI DAN DERIA HIDU

Aroma yang dihidu oleh hidung boleh meninggalkan memori, baik yang menyenangkan mahupun yang tidak. Itulah sebabnya anda akan tiba-tiba teringatkan sesuatu ketika menghirup bau tertentu.

10. BAU TERTENTU BOLEH MENENANGKAN

Hidung mempunyai lebih 400 saraf penerima bau. Ia membolehkan anda menghidu pelbagai aroma yang kemudian akan langsung kepada saraf-saraf tersebut. Itulah sebabnya, aromaterapi dapat membuat anda berasa lebih tenang.

11. HIDUNG AKAN ‘TURUN’ SEIRING DENGAN BERTAMBAHNYA USIA

Hidung akan mencecah pertubuhan maksimumnya apabila anda usia 19 tahun. Setelah mencecah ukuran maksimum, hidung boleh ‘turun’ seiring bertambahnya usia disebabkan tarikan graviti.

(Gambar: Bodsky.com/Merdeka.com)

Ternyata, cara anda bersih ditentukan mengikut faktor genetik. Menarik bukan? Itulah sebabnya cara anda bersih mungkin tidak jauh berbeza dengan cara ibu bapa anda bersin.

13. KANDUNGAN LENDIR HIDUNG

Lendir hidung mengandungi sel darah putih dan enzim khusus yang berfungsi untuk melawan penyakit. Memang lendir kelihatan menjijikkan, terutama sekali ketika ia kering dan berkerak di dalam hidung.

Namun, fungsi utama lendir adalah untuk menghapuskan bakteria dan virus yang akan masuk ke dalam tubuh menerusi udara yang anda hidup.

14. KEUPAYAAN DERIA HIDU BOLEH BERKURANGAN

Kemampuan anda untuk menghidu bau tertentu boleh berkurangan selepas anda mencecah usia 65 tahun. Bahkan keupayaan ini boleh berkurangan lebih 50 peratus. Oleh itu, tak hairanlah seseorang yang semakin tua akan semakin hilang nafsu makannya.

15. DERIA HIDU SIAPA LEBIH TAJAM? WANITA ATAU LELAKI?

Ini fakta menarik! Deria hidu kaum wanita ternyata lebih tajam jika dibandingkan dengan deria hidu orang lelaki.

Lelaki dan wanita berbeza dari segi persepsi bau yang dihidu, dengan deria hidu kaum wanita jauh lebih tajam berbanding lelaki. Namun sehingga kini, para pengkaji masih belum mengetahui mengapa. 

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan