Kecil tapi berbahaya, elak jadi mangsa sasaran gigitan nyamuk
Anggaran Waktu Membaca:
Nyamuk hinggap pada manusia. (Gambar: Pexels)
SINGAPURA: Pernahkah anda tertanya-tanya walaupun anda sudah menggunakan losen penghalau serangga, mengenakan pakaian berlengan panjang atau duduk berhampiran kipas angin, nyamuk tetap memilih untuk 'menyerang' anda. Sementara, orang lain di sekeliling anda mungkin langsung tidak diganggu oleh sang nyamuk.
Menurut kajian, nyamuk sebenarnya bukan tertarik pada ‘darah manis’. Sebaliknya, ia tertarik kepada faktor lain seperti bau badan manusia, haba tubuh, selain kandungan kimia pada permukaan kulit yang dihasilkan bersama peluh. Disebabkan itulah, sesetengah individu lebih cenderung menjadi sasaran gigitan nyamuk berbanding yang lain di sekeliling mereka.
Namun tidak semua spesies nyamuk mempunyai tingkah laku yang sama. Ada yang aktif pada waktu siang dan ada juga yang hanya keluar pada waktu malam. Serangga ini juga dikatakan lebih gemar menggigit manusia dan tertarik kepada haiwan. Tapi, kita harus berhati-hati kerana gigitannya bukan hanya boleh membuat kulit rasa gatal atau tidak selesa, ia juga boleh menjadi punca pelbagai penyakit berbahaya seperti zika, denggi, malaria dan chikungunya antaranya.
6 PUNCA SASARAN GIGITAN
Walaupun nyamuk boleh menggigit sesiapa sahaja, kajian saintifik membuktikan bahawa ada faktor tertentu yang menjadikan seseorang itu lebih menarik di mata nyamuk.

Berikut antara sebab mengapa kulit anda mungkin menjadi kegemaran nyamuk setiap kali berada di luar atau dalam rumah.
1. Darah jenis ‘O’
Kajian mendapati individu yang mempunyai darah jenis ‘O’ lebih digemari nyamuk berbanding jenis darah lain. Sementara mereka yang berdarah jenis ‘A’ pula adalah yang paling kurang menarik perhatian nyamuk. Ini kerana nyamuk mampu mengesan bahan kimia tertentu yang hadir melalui kulit dan bahan ini berbeza mengikut jenis darah.
2. Saiz tubuh
Semakin besar saiz tubuh seseorang, semakin mudah nyamuk mengesannya. Menurut kajian nyamuk menggunakan karbon dioksida yang dilepaskan semasa kita bernafas untuk mencari mangsa.
Individu yang bersaiz besar menghasilkan lebih banyak karbon dioksida dan haba. Dua elemen ini menarik nyamuk dan ia boleh mengesan karbon dioksida dari jarak sehingga 50 meter. Lantas, menjadikannya pemburu yang cekap.
3. Kehamilan
Rata-rata wanita hamil menghasilkan lebih banyak karbon dioksida, terutamanya dalam kandungan trimester ketiga. Peningkatan suhu tubuh menjadikan mereka dua kali ganda lebih mudah digigit nyamuk. Bagi wanita hamil, perlindungan daripada gigitan nyamuk sangat penting kerana sesetengah jenis nyamuk boleh menyebarkan penyakit serius seperti zika, yang boleh menjejas kandungan.
4. Peluh dan metabolisme tinggi

Mereka yang mudah berpeluh atau mempunyai kadar metabolisme tinggi biasanya menghasilkan lebih banyak bahan kimia seperti asid laktik, asid urik dan kolesterol di permukaan kulit. Semua ini mudah menarik bagi nyamuk.
5. Beriadah
Setiap kali selesai bersenam dan berlari-lari anak, tubuh akan mengeluarkan peluh dalam jumlah yang banyak. Peluh ini juga mengandungi pelbagai bahan kimia yang secara tidak langsung menjadi tarikan utama buat nyamuk. Tidak hairanlah jika mereka yang baru sahaja melakukan aktiviti fizikal sering menjadi mangsa kegemaran serangga kecil ini.
6. Rona pakaian
Nyamuk sangat sensitif pada kontras visual. Warna gelap seperti hitam dan biru tua lebih menarik perhatiannya kerana ia menyerap haba dan menyediakan perlindungan visual kepada nyamuk. Nyamuk juga lebih gemar hinggap pada permukaan gelap kerana ia dapat melindunginya daripada angin dan cahaya. Jika anda keluar pada waktu senja atau malam, sebaik-baiknya bergaya dengan pakaian berwarna cerah seperti putih.
4 PERKARA TENTANG NYAMUK
Nyamuk betina

Menurut kajian, terdapat lebih 3,500 spesies nyamuk di seluruh dunia, tetapi hanya nyamuk betina yang menggigit manusia. Ini kerana mereka memerlukan protein dalam darah untuk menghasilkan telur. Nyamuk jantan pula hanya menghisap nektar bunga.
Bulan purnama
Kajian juga mendapati aktiviti nyamuk boleh meningkat lebih 500% semasa bulan penuh. Ia dipercayai berpunca daripada perubahan tekanan udara dan cahaya yang merangsang tingkah laku pemburuan mereka.
Mangsa
Menarik, nyamuk memilih individu tertentu dalam kumpulan yang sama. Faktor seperti bau badan, suhu kulit dan komposisi peluh menjadikan sesetengah orang sasaran dan perhatian nyamuk.
Pembiakan jejentik

Nyamuk bertelur di dalam air dan hanya satu sudu kecil air bertakung sudah cukup untuk pembiakkan ratusan jejentik. Tidah hairanlah jika pihak berkuasa sering menjalankan pemeriksaan terhadap kawasan berpotensi pembiakan.
CEGAH GIGITAN
Gigitan nyamuk bukan sekadar gangguan, tapi juga boleh menjadi punca penyebaran penyakit serius seperti denggi, zika, malaria, dan chikungunya. Mengetahui faktor yang menjadikan seseorang lebih mudah digigit dapat membantu anda untuk mengambil langkah pencegahan yang berkesan. Antara langkah yang boleh diamalkan:

- Tutup dan kosongkan takungan air di sekitar rumah.
- Elakkan memakai pakaian berwarna gelap.
- Gunakan semburan atau losyen penghalau nyamuk.
- Pasang jaring atau kelambu di tingkap dan katil.
- Elakkan aktiviti luar semasa waktu nyamuk paling aktif, iaitu senja dan subuh.
Ingat, mencegah lebih baik daripada mengubati. Fahami risikonya dan lindungi keluarga daripada ancaman kecil yang boleh membawa kesan besar.
Sumber : BERITA Mediacorp/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.