Kawal penggunaan skrin remaja bukan sekadar sekat masa
Anggaran Waktu Membaca:
New: You can now listen to articles.
This audio is generated by an AI tool.
SINGAPURA: Pelajar sekolah menengah tidak lagi dibenarkan menggunakan peranti bijak semasa waktu sekolah, walaupun di luar waktu pelajaran seperti semasa rehat atau kegiatan kokurikulum. Kementerian Pendidikan (MOE) mengumumkan tahun lalu bahawa garis panduan yang lebih ketat itu berkuat kuasa mulai Januari.
Ibu bapa yang berusaha sedaya upaya untuk mengawal masa skrin di rumah mungkin akan menghadapi lebih banyak tentangan daripada anak remaja mereka.
Ibu bapa anak-anak yang lebih muda masih boleh mematikan TV atau mengambil peranti yang dikongsi bersama. Tetapi ramai remaja mempunyai telefon, komputer riba dan akaun media sosial mereka sendiri.
Cabarannya berubah: Ia sebenarnya bukan lagi tentang masa skrin, tetapi tentang kehidupan digital anak remaja mereka. Ia beralih daripada mengenakan had kepada pembelajaran untuk mengadakan perbualan yang lebih mesra.
Perbualan sebegini menjadi lebih sukar dengan remaja, terutamanya jika ibu bapa tidak memahami berapa pentingnya alat-alat tersebut kepada anak mereka. Ibu bapa rasa tidak didengari; remaja rasa tidak difahami.
Remaja memandang alat tersebut sebagai lanjutan dunia sosial mereka. Seperti yang dikatakan oleh seorang remaja berusia 15 tahun kepada kami dalam kajian kami, "Jika saya tidak mempunyai media sosial, saya tidak tahu apa yang berlaku dalam kalangan rakan-rakan saya. Apabila saya pergi ke sekolah, saya rasa ketinggalan."
KENALI MEDIA, KENALI ANAK
Banyak perbualan gagal kerana ibu bapa tidak biasa dengan media yang digunakan oleh anak-anak mereka – kenali media, kenali anak. Fahamkan apa yang dijadikan permainan, video atau influencer menarik, boleh membantu ibu bapa membimbing, bukannya mengawasi.
Ibu bapa tidak perlu menghabiskan berjam-jam bermain permainan atau menonton kandungan daripada pencipta kontroversi untuk memahami daya tarikan mereka. Apa yang penting ialah mendapatkan pemahaman yang mencukupi tentang mengapa ia cukup diminati anak-anak.
Contohnya, jika ibu bapa menganggap Roblox hanya sebagai "permainan", mereka mungkin terlepas pandang maksudnya – kanak-kanak sering melihatnya sebagai platform untuk begaul dan meluahkan kreativiti, bukan sekadar cabaran untuk dikalahkan atau melepasi peringkat. Cara cepat untuk belajar adalah dengan menonton klip permainan di YouTube untuk mendapatkan gambaran tentang apa yang terlibat dalam permainan tersebut. Pendekatan yang sama berfungsi untuk pencipta: Ibu bapa boleh melakukan carian pantas dan mengambil sampel beberapa video untuk menyemak nada dan kandungan itu sendiri.
Memahami mengapa permainan atau kandungan media menarik minat remaja memberi ibu bapa asas yang kukuh untuk perbualan yang bermakna, sebelum beralih kepada topik yang lebih mendalam seperti rasa hormat dan pemikiran kritis. Ini penting kerana walaupun ibu bapa menyemak tahap awal permainan, mod atau kemas kini baharu boleh memperkenalkan kandungan yang tidak sesuai.
Sesetengah platform juga menawarkan ciri gandingan yang membolehkan ibu bapa mengurus kenalan atau masa skrin secara kolaboratif. Apabila digunakan sebagai alat kongsi, ciri ini mengubah pemantauan menjadi bimbingan. Contohnya, fungsi gandingan Instagram membolehkan ibu bapa melihat siapa yang anak mereka tambahkan sebagai kenalan, mewujudkan peluang untuk perbualan terbuka tentang lingkungan sosial online mereka.
BINCANG TANPA KEDENGARAN TERLALU MENGAWAL
Tetapi bagaimana ibu bapa boleh memulakan perbualan ini dengan anak remaja mereka tanpa kedengaran seperti polis digital?
Pertama, kongsikan perjuangan anda sendiri. Ramai ibu bapa juga berasa terpaku pada telefon mereka dan sering terlibat dalam kegiatan sosial yang serupa atau skrol tanpa henti. Mengakui perkara ini menunjukkan kerendahan hati dan menjadikan perbincangan terasa seperti perjalanan bersama.
Kedua, tunjukkan teladan yang baik. Remaja sangat peka dengan sikap yang tidak konsisten. Jika anda melarang anak menggunakan telefon semasa makan malam tetapi anda sendiri membalas e-mel, pesanan itu tidak akan berkesan. Kadang-kala, ketidakkonsistenan ini berlaku antara ibu dan bapa: Dalam kajian kami, seorang ibu menetapkan had masa bermain permainan video, tetapi suaminya tidak mengendahkan peraturan tersebut. Ini menyebabkan si ibu terpaksa menjadi "orang jahat" dan menyukarkan peraturan untuk dipatuhi.
Ketiga, wujudkan peluang untuk berbual secara semula jadi. Ibu bapa boleh bercerita tentang pengalaman dalam talian sendiri semasa makan malam. Perbualan begini selalunya akan menarik minat remaja untuk turut serta bercerita.
Akhir sekali, utamakan kepercayaan sebelum kawalan. Hubungan yang berasaskan sikap menerima memudahkan anak-anak untuk mengadu kepada ibu bapa jika mereka terjumpa kandungan yang tidak menyenangkan. Jika seorang anak berkata: "Saya nampak sesuatu hari ini yang rasa macam tak betul," kejujuran itu jauh lebih berharga daripada mana-mana peraturan.
DARIPADA KAWALAN KEPADA KERJASAMA

Batasan adalah perlu tetapi harus berkembang bersama kanak-kanak. Mulakan dengan peraturan yang jelas semasa kanak-kanak masih kecil, seperti penggunaan peranti hanya selepas kerja rumah, dan longgarkan peraturan tersebut apabila tanggungjawab bertambah berat. Ini membina rasa tanggungjawab.
Seorang bapa dalam sesi ceramah kami mencipta "sistem setem" bersama dua anaknya. Setiap anak mempunyai carta yang ditampal bersebelahan di dinding bilik belajar, dan mereka menganugerahkan pelekat setiap hari mereka berjaya mengehadkan penggunaan peranti. Apa yang bermula sebagai sistem mudah bertukar menjadi pertandingan antara adik-beradik, mengukuhkan ikatan mereka sambil membantu mereka menguruskan masa skrin masing-masing.
Kajian kami tentang tipologi media sosial, yang dijalankan dari November 2024 hingga Februari 2025 dengan belia Singapura berumur 18 hingga 35 tahun, mendedahkan bahawa kebanyakan pengguna kebanyakannya menerima kandungan dan bukannya menciptanya. Maklumat ini memberi peluang kepada ibu bapa untuk memupuk kreativiti – merubah anak-anak daripada penggunaan pasif kepada ekspresi aktif.
Misalnya, seorang ibu bapa yang kami hubungi, membimbing anak remajanya untuk menghasilkan video percutian pendek. Ini membina kemahiran digital dan merubah penggunaan peranti daripada sekadar menonton kepada kreativiti.
Pendekatan sedemikian memindahkan tanggungjawab kepada kanak-kanak dan memupuk disiplin diri. Ia merubah keibubapaan daripada penguatkuasaan peraturan kepada pembinaan hubungan, daripada "kerana saya kata begitu" kepada "mari kita fikirkan ini bersama-sama."
Akhirnya, mengurus penggunaan skrin remaja sepatutnya kurang terasa seperti kawalan dan lebih seperti kerjasama apabila kanak-kanak matang.
DENGAR SEBELUM SEKAT
Teknologi hanya akan menjadi lebih berkait dengan kehidupan, dan tiada peraturan yang dapat melindungi anak-anak sepenuhnya daripadanya. Namun ibu bapa yang memahami anak mereka dan media yang mereka gunakan boleh merubah konflik menjadi peluang pengajaran.
Apabila kanak-kanak semakin membesar, matlamatnya bukanlah untuk mengehadkan setiap skrin, tetapi untuk membimbing setiap perbualan. Apabila ibu bapa mendengar dahulu dengan empati dan konsisten, remaja belajar untuk mengawal diri mereka sendiri.
Dr Jiow Hee Jhee ialah profesor madya dan timbalan pengarah Akademi Pengajaran dan Pembelajaran di Institut Teknologi Singapura (SIT). Beliau juga merupakan ahli Majlis Literasi Media.
Adeline Tay ialah pemegang ijazah SIT baru-baru ini. Beliau membuat pembentangan di persidangan akademik, menerbitkan artikel jurnal akademik, menyertai temu bual radio dan menyumbangkan pendapat.

Sumber : CNA/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.