Kawal pengambilan minuman manis di bulan Ramadan
Setiap kali tiba bulan Ramadan, pasti akan muncul trend makanan popular di bazar-bazar Ramadan.
Anggaran Waktu Membaca:

Bazar Ramadan di Malaysia. (Gambar fail: Bernama)
KUALA LUMPUR: Setiap kali tiba bulan Ramadan, pasti akan muncul trend makanan popular di bazar-bazar Ramadan.
Walaupun makanan atau minuman popular itu rata-rata mengandungi banyak gula dan lemak, para pengunjung bazar tetap beratur panjang untuk membelinya.
Malah, isu itu bertambah lebih buruk lagi apabila para pencipta kandungan menghasilkan atau berkongsi resipi hidangan atau minuman berbuka puasa yang kaya dengan gula.
Baru-baru ini, seorang pakar buah pinggang dari Malaysia, Dr Rafidah Abdullah telah menegur pencipta kandungan makanan popular, Khairulaming kerana berkongsi resipi minuman berbuka puasa yang mempunyai banyak gula.
"Alhamdulillah, saya hanya minum air jarang. Dapat juga legakan dahaga tanpa risiko hidap kencing manis," kata Dr Rafidah membalas catatan tersebut.
Beliau juga mengecam resipi minuman jus laici yang dikongsi oleh seorang lagi pencipta kandungan, Che Sayang.
Dr Rafidah memberi amaran kepada orang ramai supaya berhati-hati jika ingin meniru resipi itu kerana ia mengandungi banyak gula dan boleh menyebabkan kencing manis dan masalah obes.
Malaysia mempunyai salah satu kadar obesiti yang tertinggi di Asia Tenggara.
Seperlima daripada penduduknya seramai 34 juta orang tergolong dalam kumpulan dengan berat badan berlebihan.
Perangkaan itu bahkan diramalkan menjangkau 23 peratus menjelang hujung dekad ini.
Masalah kencing manis juga berlaku secara meluas, di mana ia menjejas hampir 20 peratus daripada penduduk dewasa di Malaysia.
Sungguhpun dikecam oleh Dr Rafidah, para penyokong Khairulaming menegaskan bahawa minuman manis itu satu kenikmatan selepas berpuasa sehari suntuk.
"Beliau hanya berkongsi resipi. Terserah kepada kita untuk pilih sama ada untuk meminumnya. Ia bukan seolah-olah beliau memaksa kita untuk minumnya," kata pengguna X Wan Azuwan.

Sumber : Agensi berita/HA/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.