Karya masyarakat dipamerkan di Galeri Nasional Singapura sempena SG60
Lebih 780 seniman masyarakat dari pelbagai peringkat usia menghasilkan karya seni yang mencerminkan harapan dan impian mereka untuk Singapura.
Sebanyak 30 hasil karya dipamerkan selama sebulan di Galeri Nasional Singapura sebagai sebahagian daripada sambutan SG60.
Dihasilkan oleh penerima bantuan dari 40 agensi khidmat sosial dan badan bantu diri, karya-karya tersebut menampilkan pelbagai kisah sambil memupuk sikap inklusif dan identiti bersama.
Dalam pada itu, lebih 50 kanak-kanak yang mewakili empat kumpulan etnik di Singapura turut menyulam satu karya yang melambangkan asas kukuh Singapura serta kepelbagaian kaum dan budaya hidup bersama.
Menteri Undang-Undang Edwin Tong berkata pameran di Galeri Nasional Singapura itu meraikan pencapaian Singapura sejauh ini dan menekankan semula masa depan negara.
"Komitmen mahu membina ini oleh seniman dari pelbagai peringkat usia, kaum dan keupayaan, mencerminkan - saya rasa menerusi cara walau kecil - maknanya menjadi rakyat Singapura.
"Bagi memastikan kami menghimpunkan semua orang, tidak kira latar belakang, dan memastikan kami memperkasa seluruh masyarakat," kata Encik Tong, yang juga merupakan Timbalan Pengerusi, Persatuan Rakyat (PA).
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.