“Kapal” raja Melayu pertama empayar Srivijaya kembali berlabuh di Singapura
“Kapal” raja Melayu pertama empayar Srivijaya, Dapunta Hyang Sri Jayanasa, kembali berlabuh di Singapura selepas mewakili negara ini di acara seni berprestij Biennale di Venice, tahun lalu.

Zai Kuning. (Gambar-gambar: NAC)
SINGAPURA: “Kapal” raja Melayu pertama empayar Srivijaya, Dapunta Hyang Sri Jayanasa, kembali berlabuh di Singapura selepas mewakili negara ini di acara seni berprestij Biennale di Venice, tahun lalu.
Dapunta Hyang: Pancaran Pengetahuan, merupakan kemuncak kepada lebih daripada 20 tahun penyelidikan oleh seniman Zai Kuning mengenai budaya Melayu dan sejarah di Kepulauan Riau.

Maka itu, menerusi karya seni berbentuk rangka kapal ini, Zai ingin meneroka sejarah di rantau ini melalui era Srivijaya sebelum kedatangan Islam, sebagai sebahagian daripada siasatan yang lebih meluas mengenai identiti.

Struktur sepanjang 17 meter yang diperbuat daripada rotan dan tali disaluti lilin memberi penghormatan kepada Dapunta Hyang Sri Jayanasa, dipercayai raja Melayu pertama pada kurun ketujuh.
Ratusan buku yang dipamerkan bersama pula mencerminkan sejarah yang tidak tercatat atau dilupakan.
Zai menambah: "Ada sesetengah pihak yang meragui kisah-kisah ini. Mereka menggelarnya kisah-kisah dongeng. Kerana itu, saya mengembara hingga ke Palembang, ke Sumatra untuk menunjukkan bukti, ini bukan cerita rekaan atau mitos".

Pameran di ruang TheatreWorks ini berlangsung dari hari ini (12 Apr) hingga 13 Mei.
Para pengunjung boleh mengikuti pelbagai program termasuk lawatan berpandu setiap minggu dan persembahan nyanyian oleh Zai sendiri.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.