Kapal pesiaran Disney Adventure tawar tarikh pelayaran, pengalaman baharu pada 2026
Anggaran Waktu Membaca:
Marvel Style Studio (kanan) dan Bibbidi Bobbidi Boutique dalam kapal pesiaran Disney Adventure. (Gambar: Disney Cruise Line)
SINGAPURA: Kapal pesiaran Disney Adventure akan menawarkan siri pengalaman baharu, termasuk studio-studio di mana tetamu boleh bergaya sebagai wira Marvel kegemaran mereka ataupun puteri Disney, serta hiburan bertemakan Duffy and Friends serta runcit, umum Disney Cruise Line pada Isnin (17 Feb).
Tetamu kini boleh menempah tarikh pelayaran antara April hingga September 2026 di laman Disney Cruise Line, melalui pusat perhubungan Disney Cruise Line, atau dengan ejen pelancongan pilihan mereka.
Kapal pesiaran itu akan menawarkan lima pengalaman baharu: 'The Marvel Style Studio', 'Bibbidi Bobbidi Boutique', 'Royal Society for Friendship and Tea', runcit dan hiburan 'Duffy and Friends' retail and entertainment, serta persembahan 'Captain Jack Sparrow & The Siren Queen'.
'MARVEL STYLE STUDIO'

'Marvel Style Studio' adalah yang pengalaman pertama seumpama itu bagi Disney Cruise Line.
Peminat yang muda mahupun lanjut usia boleh memakai kostum wira Marvel kegemaran mereka serta menggayakan rambut dan solekan mengikut tema.
Tetamu juga boleh digayakan sebagai ikon Marvel seperti Iron Man, Spider-Man, Ghost-Spider, Captain America, Captain Marvel, dan Thor melalui pelbagai pakej penggayaan.
Pada waktu-waktu tertentu sepanjang pelayaran, salon tersebut juga akan bertukar menjadi ruang 'lounge' untuk dewasa sahaja.
'BIBBIDI BOBBIDI BOUTIQUE'

Di 'Bibbidi Bobbidi Boutique', tetamu berusia tiga hingga 12 tahun boleh memasuki kawasan penggayaan dan menggayakan pelbagai kostum - dari menjadi kesatria (knight) hingga ke puteri Disney kegemaran mereka - dan lengkap dengan penataan rambut serta solekan.
Terdapat juga pengalaman bergambar peribadi yang boleh ditempah untuk mereka yang menyertai pengalaman itu.
'ROYAL SOCIETY FOR FRIENDSHIP AND TEA'

Di 'Royal Society for Friendship and Tea', kanak-kanak berumur tiga hingga 12 tahun boleh menikmati waktu petang yang mempesonakan bersama puteri Disney kegemaran mereka sambil menikmati hidangan, mendengar cerita dan muzik, sambil mempelajari nilai-nilai masyarakat seperti nilai kebaikan, keberanian, dan tekad.
PENGALAMAN 'DUFFY AND FRIENDS'
PENGALAMAN 'DUFFY AND FRIENDS'
Peminat 'Duffy and Friends' boleh beramah mesra dengan watak-watak kesayangan mereka di atas kapal Disney Adventure serta menonton persembahan pentas 'Duffy dan The Friend Ship'.
Tetamu juga boleh membeli-belah di 'Duffy and Friends Shop' serta menyertai 'treasure hunt' bagi 'Duffy and Friends' di sekitar kapal untuk mencari pelbagai barangan sebagai hadiah kenang-kenangan yang istimewa.
Mengikut kisah 'Duffy and Friends', Duffy the Disney Bear adalah anak patung beruang milik Mickey Mouse yang dibuat oleh Minnie Mouse dan diberikan kepada Mickey, supaya Mickey sentiasa mempunyai rakan di sisinya.
'CAPTAIN JACK SPARROW & THE SIREN QUEEN'

Selain itu, tetamu juga boleh menonton persembahan 'Captain Jack Sparrow & The Siren Queen' di 'Garden Stage' yang terbuka di Disney Imagination Garden.
Disney Adventure adalah kapal pertama Disney Cruise Line yang berlabuh di Asia dan akan melakukan pelayaran tiga dan empat malam, yang kebanyakannya di laut.
Pelayaran sulungnya akan bermula dari 15 hingga 18 Disember.

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.