Kapal pesiaran Disney Adventure akan berlayar dari SG pada 2025 - ini yang boleh dijangkakan
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Disney Cruise Line)
SINGAPURA: Kapal pesiaran Disney Adventure akan berlayar dari Pusat Pelayaran Marina Bay mulai 2025, bagi pelayaran sepanjang tiga dan empat malam, selama sekurang-kurangnya lima tahun.
Demikian diumumkan Disney Cruise Line pada Rabu (26 Jun).
Ini merupakan kapal pertama di bawah Disney Cruise Line yang akan berlabuh di Asia, sebagai sebahagian daripada kerjasama antara Disney Cruise Line dengan Lembaga Pelancongan Singapura (STB).

Kapal persiaran ini bakal memaparkan tujuh kawasan bertema buat para penumpang, setiap satu berdasarkan watak-watak kegemaran Disney.
1. DISNEY IMAGINATION GARDEN
Dengan kuasa imaginasi Disney, sebuah lokasi persembahan terbuka turut dijadikan lembah yang menarik dan taman yang menawan.
Kawasan untuk berkumpul itu, yang diilhamkan daripada kisah-kisah Disney sepanjang 100 tahun daripada watak-watak kegemaran seperti Moana dan Mowgli, akan menjadi gerbang membawa para penumpang ke alam penuh 'magis' di atas kapal persiaran itu.

2. DISNEY DISCOVERY REEF
Di kawasan beli-belah dan pusat menjamu selera dengan tema laut, para penumpang boleh bertemu watak-watak daripada filem The Little Mermaid, Lilo & Stitch, Finding Nemo dan Luca.
3. SAN FRANSOKYO STREET
Pernahkah anda membayangkan untuk tinggal di bandar dengan gabungan seni bina Jepun dan Amerika – seperti lokasi bagi filem animasi Disney 2014 Big Hero 6?
Oleh itu, jangan melepaskan peluang untuk menyaksikan San Fransokyo Street, yang diubahkan untuk menjadi sebuah pusat hiburan keluarga, lengkap dengan permainan interaktif, gerai-gerai dan pawagam.
4. WAYFINDER BAY
Di atas kapal itu, sebuah kawasan terbuka turut memberikan penumpang peluang untuk bersantai dan berhibur.
Satu kawasan kolam renang yang mengambil ilham daripada gambaran kepulauan seperti dalam filem Moana, bakal menawarkan pengalaman berlayar dengan pemandangan laut dan langit yang menakjubkan.

5. TOWN SQUARE
Sebuah hutan fantasi pula akan memberi penumpang peluang untuk memenuhi impian menjadi anggota diraja Disney.
Gerai-gerai, ruang rehat, kafe, restoran dan kawasan hiburan di ruang itu akan mengambil ilham daripada kisah-kisah klasik Disney, seperti Tangled, Cinderella, Frozen, Snow White and the Seven Dwarfs dan The Princess and the Frog.
6. MARVEL LANDING
Bagi memperingati wira-wira Marvel, sebuah kawasan khas turut menawarkan "pengembaraan tahap Avengers" buat para peminat dari semua peringkat umur, dengan tarikan dan pengalaman yang mendekatkan mereka dengan wira-wira kegemaran mereka.
7. TOY STORY PLACE
Peminat filem-filem lama Pixar juga tidak akan ketinggalan. Penumpang boleh berinteraksi di kawasan menjamu selera yang bertema dan ruang-ruang permainan air, yang bertujuan memberi gambaran siri filem Toy Story.
Kapal pesiaran Disney Adventure dijangka menampung sekitar 6,700 penumpang, dan kira-kira 2,500 anak kapal.
Lebih banyak butiran berkenaan pelayaran sulung ini dan pengalaman di atas kapal akan diumumkan nanti.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.