Kandungan nikotin dalam vape boleh jejas perkembangan sel otak remaja
Rokok elektronik atau lebih dikenali sebagai vape sering dianggap sebagai alternatif kepada kaedah merokok tradisional.
Anggaran Waktu Membaca:
KOTA BHARU: Rokok elektronik atau lebih dikenali sebagai vape sering dianggap sebagai alternatif kepada kaedah merokok tradisional.
Sungguhpun demikian, ia sebenarnya menimbulkan pelbagai kesan buruk terhadap kesihatan terutama dalam kalangan golongan muda.
Pakar Perubatan Keluarga yang juga Penyelaras Klinik Berhenti Merokok - Klinik Rawatan Keluarga, Hospital Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Nur Suhaila Idris berkata vape mengandungi nikotin, sama seperti dalam rokok di mana ia sudah terbukti boleh menyebabkan ketagihan dan isu kesihatan seperti saluran darah sempit, pembekuan darah dan penyakit jantung serta angin ahmar.
Menurut Dr Nur Suhaila, golongan remaja mudah terjebak dengan penggunaan vape disebabkan rasa ingin mencuba sehingga ketagih dan sukar untuk berhenti.
"Kandungan nikotin dalam vape memberi kesan neurotoksik pada sel otak remaja yang sedang berkembang kerana pada peringkat awal remaja, neurokognitif dan fungsi eksekutif otak belum matang sepenuhnya.
"Selain itu, pemanasan bahan kimia lain dalam cecair vape seperti 'propylene glycol' akan menghasilkan bahan yang membebaskan 'formaldehyde' yang boleh menyebabkan barah," katanya.
Menurutnya lagi, penyakit baharu yang dikesan dalam kalangan pengguna vape ialah kerosakan paru-paru atau dikenali sebagai penyakit 'E-cigarette or Vaping Product Use -Associated Lung Injury' (EVALI) dengan simptom demam, batuk, sesak nafas dan lelah yang sukar didiagnosis.
"Ia mula dikesan di Amerika Syarikat pada tahun 2019 apabila sekumpulan pengguna vape mengalami kecederaan dan kerosakan paru-paru dan menyebabkan pergantungan kepada mesin pernafasan dengan 68 kematian dilaporkan sehingga kini," katanya.
Tambahnya lagi, vape adalah produk merokok alaf baharu di mana komponen utamanya terdiri daripada bateri, katrij cecair vape serta 'atomizer' untuk memanaskan cecair.
"Alat ini berfungsi dengan memanaskan cecair dikenali sebagai 'e-juice' atau 'e-liquid' yang kemudiannya menghasilkan wap atau aerosol yang disedut masuk ke dalam salur pernafasan dan paru-paru sebelum sebahagiannya dihembus keluar oleh pengguna.
"Cecair ini biasanya mengandungi nikotin, perisa (flavor) ditambah dengan bahan-bahan lain seperti 'propylene glycol' dan 'glycerin'," katanya.
Ketika ditanya adakah vape merupakan laluan untuk remaja memulakan tabiat merokok, Dr Nur Suhaila berkata tanggapan itu benar disebabkan bahan utama dalam cecair vape ialah nikotin yang menyebabkan ketagihan.
Ia bahkan terbukti daripada Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) - Kajian Kesihatan Remaja Tahun 2022 yang menunjukkan peningkatan mendadak penggunaan vape dalam kalangan remaja dan lebih membimbangkan lagi peningkatan yang ketara turut berlaku pada remaja perempuan.

Sumber : Sumber Web/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.