Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Kajian Jepun menunjukkan makan lebih nasi boleh bantu cegah obesiti

Satu kajian di Jepun mendapati bahawa memakan nasi boleh membantu mencegah obesiti.

Anggaran Waktu Membaca:
Kajian Jepun menunjukkan makan lebih nasi boleh bantu cegah obesiti
Diterbitkan : 03 May 2019 11:59AM Dikemas Kini : 03 May 2019 12:04PM

SINGAPURA: Satu kajian di Jepun mendapati bahawa memakan nasi boleh membantu mencegah obesiti.

Dalam satu laporan Bloomberg, para pengkaji dari Kolej Sastera Liberal Wanita Doshisha di Kyoto menyatakan bahawa mereka yang mengikut diet Jepun atau ala Asia dengan nasi sebagai makanan utama "kurang berkemungkinan mengalami obesiti" berbanding mereka yang tinggal di negara-negara dengan kadar pengambilan nasi yang rendah.

Malah, pengambilan sederhana sebanyak 50 gram nasi sehari boleh mengurangkan kadar obesiti seluruh dunia sebanyak satu peratus - dari 650 juta orang dewasa kepada 643.5 juta orang dewasa - tambah para pengkaji.

Mereka menekankan bahawa diet rendah-karbohidrat yang menghadkan nasi adalah strategi penurunan berat badan yang popular di negara-negara maju. Bagaimanapun, kesan nasi terhadap obesiti tidak jelas.

Kajian itu meneliti pengambilan nasi - berdasarkan jumlah gram sehari seorang - dan pengambilan kalori di 136 negara, serta data indeks jisim tubuh (BMI).

"Pemerhatian tentang kaitan antaranya menunjukkan bahawa kadar obesiti adalah rendah di negara-negara yang makanan utamanya adalah nasi," menurut Profesor Tomoko Imai, yang mengetuai kajian itu.

Profesor Imai menjelaskan antara sebab-sebab nasi boleh membantu adalah, ia rendah lemak, sambil menambah: "Ada kemungkinan serat, zat dan sebatian tumbuh-tumbuhan yang terdapat dalam bijirin penuh mungkin menambah rasa kenyang dan mencegah makan terlalu banyak.

"Dengan kadar obesiti yang kian meningkat di seluruh dunia, memakan lebih nasi patut disarankan untuk mencegah obesiti bahkan di negara-negara maju juga," menurut Prof Imai dalam laporan Bloomberg.

Sumber : Agensi berita/NA/na

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa