Kafe di Indonesia jual Kopi Indomie jadi perhatian
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: @mr_m.a_/Tiktok)
JAKARTA: Pelbagai makanan fusion dan 'trending' yang dikeluarkan di pasaran pada waktu ini. Walaupun ada yang bakal melihatnya sebagai sesuatu yang pelik, ramai lagi di luar sana yang masih ingin mencuba makanan 'aneh' tersebut.
Baru-baru ini, sebuah kafe di Indonesia pula menarik perhatian netizen.
Menerusi satu video yang dimuat naik oleh akaun TikTok (@mr_m.a_), sebuah kafe di Jakarta yang bernama Bilik Rumah Coffee kelihatan menawarkan menu minuman yang agak unit, menurut laporan The Rakyat Post.
Kafe tersebut menggabungkan minuman kopi 'latte' dengan mi segera goreng terkenal di negara Indonesia Indomie.
Minuman tersebut disediakan dengan mencampurkan air gula, susu, ais, kopi.
Ia kemudian dilengkapkan dengan mi segera di atasnya. Mi segera berkenaan juga dihiasi dengan bawang goreng, hirisan cili merah serta potongan limau kasturi.

Menu kopi Indomie ini menerima pelbagai reaksi oleh netizen, lapor The Rakyat Post.
“Kopi pertama yang aku tak rasa nak cuba,” kata seorang pengguna TikTok.
Manakala ada juga yang berpendapat bahawa gabungan kedua-dua bahan berkenaan boleh mengundang risiko kesihatan kepada seseorang.
“Nak makan ke nak minum? Pelik-pelik zaman ni. Tak nak aku. Penyakit pula dapat nanti,” ujar seorang individu, memetik laporan The Rakyat Post.

Sumber : Sumber Web/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.