Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Kaedah kuatkan paru-paru selepas sembuh jangkitan COVID-19

Anggaran Waktu Membaca:

KUALA LUMPUR: Teknik latihan bagi menguatkan paru-paru sangat penting diamalkan oleh bekas pesakit COVID-19 yang sudah sembuh. 

Ramai sering mengadu kerap mengalami masalah pernafasan selepas mereka pulih daripada virus tersebut.

Ini kerana virus berkenaan menyerang dan mengganggu bahagian paru-paru dan menyebabkan pernafasan menjadi tidak lancar seperti sebelum sakit.

Situasi kesukaran untuk bernafas walaupun sudah sembuh sepenuhnya menyebabkan bekas pesakit COVID-19 berasa tidak selesa dan bimbang dengan situasi tersebut.

Perkongsian video Dr Arisman MD di TikTok mengenai teknik latihan untuk menguatkan semula paru-paru selepas terkena jangkitan COVID-19 mungkin boleh dijadikan amalan buat semua. 

- Duduk tegak atau baring dengan keadaan selesa.

- Letakkan satu tangan pada dada dan satu tangan pada perut.

- Tarik nafas melalui hidung selama 4 saat.

- Tahan nafas selama 4 saat.

- Hembus nafas melalui mulut perlahan-lahan untuk tempoh selama dua saat.

Amalkan latihan ini setiap hari. Lama-kelamaan, anda akan dapat bernafas dengan lebih lancar lagi. 

Jika masih berterusan mengalami masalah pernafasan, anda dinasihatkan supaya terus mendapatkan rawatan di hospital.

Sumber : Sumber Web/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan