Kad Pokemon dijual pada harga AS$360,000 di New York
Anggaran Waktu Membaca:
NEW YORK: Kad permainan Pokemon paling diingini dan jarang dijumpai dijual pada harga AS$360,000 (S$460,000) dalam lelongan Sotheby's di New York pada Selasa (24 Sep).
Kad holografik "Pokemon Illustrator" keluaran Jepun pada 1998, memaparkan watak kartun ikonik Pikachu dan ia hanya mempunyai 39 salinan rasmi.
Selain itu, kad yang dilelong kali ini merupakan satu-satunya kad yang diketahui ditandatangani oleh Takumi Akabane, seorang daripada tiga pengasas permainan kad dagangan itu, menurut Sotheby's.
Penjual dan pembida yang berjaya tidak didedahkan.
Kad-kad berkenaan sebelum ini diberikan kepada pemenang pertandingan melukis pada 1998 yang dianjurkan oleh majalah Jepun, CoroCoro Comic.
Satu daripada kad tersebut yang dianggap sebagai kad paling terpelihara dibeli pada harga AS$5,275,00 (S$6.7 juta) pada 2021 dan diiktiraf oleh Rekod Dunia Guinness pada tahun berikutnya sebagai kad Pokemon paling mahal.

Sumber : Agensi berita/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.