Jus dan minuman ini dapat bantu untuk ‘cuci’ perut setelah banyak makan daging

Gambar hiasan: Pexels
Setelah daging diagihkan, pasti ramai yang ingin masak pelbagai sajian untuk jamuan seisi keluarga. Antaranya, lauk pauk seperti rendang, daging bakar, sup daging, kari dan lain-lain. Dalam keseronokan menjamu selera pelbagai sajian daging, ada juga yang mungkin risau tentang kolesterol tinggi selepas enak menjamu selera.
Usah khuatir, apa pun sajian yang dinikmati pastikan untuk mengambilnya secara sederhana.
Anda tidak perlu rasa cemas atau bimbang selepas menikmati sajian-sajian yang berasaskan daging lembu atau kambing. Terdapat pelbagai cara mudah yang dapat membantu untuk mencegah kolesterol meningkat secara tiba-tiba.

Bukan sahaja diperkaya dengan khasiat, minuman-minuman ini juga dapat membantu proses membersihkan atau ‘mencuci’ perut dan tubuh akibat terlalu banyak menikmati daging pada satu-satu masa.
10 MINUMAN NYAH LEMAK
Teh hijau
Diperkaya dengan kandungan antioksidan yang mampu menurunkan kolesterol jahat dalam tubuh. Pada masa yang sama kandungan kafein yang ada dalam minuman ini juga didapati boleh membantu meningkatkan kadar kolesterol baik dalam tubuh. Minuman ini ternyata dapat memberi kesan maksimum.
Jus lemon
Buah ini memang terkenal dengan pelbagai kegunaannya. Ia juga mengandungi pelbagai khasiat untuk tubuh kita. Bukan setakat dapat memberi kesegaran pada tubuh tapi ia juga diperkaya dnegan vitamin. Lantas, kandungannnya dapat mengimbangi kadar lemak dalam tubuh selepas seseorang memakan daging merah.
Jus timun
Bukan sahaja enak untuk dijadikan bahan untuk salada atau ulaman kampung. Tapi, ia juga baik untuk dijadikan jus. Jika inginkan jus timun anda rasa lebih enak, campurkan dengan perahan limau dan sedikit madu. Minuman ini juga diperkaya dengan bahan antioksidan yang dapat membantu untuk menghidratkan tubuh. Selain itu ia jga dapat membantu mereka yang menghidapi darah tinggi dan mengawal gula darah.

Jus tembikai
Buah ini terkenal dengan kandungan airnya yang tinggi jika dibandingkan dengan buah-buahan yang lain. Tidak hairanlah jika ia dijadikan sebagai alternatif pengganti air dalam tubuh kita.
Selain itu tembikai juga diperkaya dengan zat vitmin C yang dapat membantu mencegah lemak daripada menyerap ke dalam tubuh kita.

Jus nanas
Bagi yang mempunyai masalah penghadaman akibat makan terlalu banyak daging, anda boleh cuba menikmati jus nanas. Ia bermanfaat untuk melancarkan sistem pencernaan kerana kandungan seratnya yang tinggi.
Nanas juga didapati baik untuk mereka yang mempunyai masalah kolesterol atau tekanan darah tinggi. Bagi yang ingin menikmati jus asli buah nanas, anda boleh cuba untuk perahkan lemon atau limau dan campurkan dengan sedikit madu asli. Pasti rasa syok!
Jus limau nipis
Ia diperkaya dengan zat flavonoid yang dapat mengurangkan kadar kolesterol jahat dalam tubuh.

Tomato diperkaya dengan bahan likopen yang dapat membantu untuk tingkatkan tahap lipid dan sekaligus mengurangkan kolesterol buruk. Selain itu, kandungan niasin dalam tomato juga mempunyai kelebihan yang sama untuk menurunkan kolesterol. Bagi yang gemar menikmati jus buah-buahan, cubalah buat sendiri jus tomato! Menyegarkan dan diperkaya dengan pelbagai khasiat.
Smoothie beri
Buah beri diperkaya dengan khasiat serat dan pada masa yang sama rendah kalori. Antaranya, strawberi, beri biru, beri hitam dan raspberi antaranya. Buah-buah beri ini terbukti dapat membantu untuk menurunkan kadar kolesterol dengan berkesan.
Minuman coklat hitam
Mengandungi bahan koko, minuman ini diperkaya dengan bahan antikoksidan yang juga dikenali sebagai flavanol. Ia dapat membantu untuk tingkatkan kolesterol baik dalam tubuh. Menurut satu kajian, dengan menikmati 450mg coklat dua kali sehari selama sebulan, ia dapat membantu untuk menurunkan kadar kolesterol jahat dalam tubuh.
Minuman oat
Berkhasiat dan mengandungi beta glukos yang dapat mengelakkan penyerapan kolesterol selain mengurangkan kadar kolesterol dalam darah. Sebelum membeli minuman ini, pastikan untuk periksa kandungan seratnya terlebih dahulu. Semakian tinggi kadar seratnya, pastinya ia dapat membantu untuk menurunkan kolesterol secara maksima.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.