Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Jumlah Hadiah Sejarah SG NUS digandakan kepada S$100,000; diperluas kepada karya media bukan cetak

Jabatan Sejarah di Fakulti Sastera dan Sains Sosial (FASS) Universiti Nasional Singapura (NUS) mengumumkan pada Selasa (1 Apr) ia akan menggandakan jumlah hadiah wang tunai yang diberikan dalam edisi terkini Hadiah Sejarah Singapura NUS.

Anggaran Waktu Membaca:
Jumlah Hadiah Sejarah SG NUS digandakan kepada S$100,000; diperluas kepada karya media bukan cetak

Penulis Khir Johari memenangi Hadiah Sejarah Singapura NUS 2024 dengan bukunya yang berjudul 'The Food of Singapore Malays: Gastronomic Travels Through The Archipelago'. (Gambar: Instagram/sandai.us)

Diterbitkan : 01 Apr 2025 05:48PM Dikemas Kini : 01 Apr 2025 05:49PM
SINGAPURA: Jabatan Sejarah di Fakulti Sastera dan Sains Sosial (FASS) Universiti Nasional Singapura (NUS) mengumumkan pada Selasa (1 Apr) ia akan menggandakan jumlah hadiah wang tunai yang diberikan dalam edisi terkini Hadiah Sejarah Singapura NUS.

Anugerah itu yang diumumkan setiap tiga tahun, mengiktiraf karya-karya yang meneroka sejarah Singapura dan dibiayai oleh penderma yang tidak didedahkan namanya.

Pemenang edisi seterusnya Hadiah Sejarah Singapura NUS pada 2027 akan menerima hadiah wang tunai sebanyak S$100,000.

Ia adalah kenaikan sebanyak S$50,000 daripada edisi 2024 Hadiah Sejarah Singapura NUS yang dianugerahkan kepada pendidik Khir Johari bagi bukunya, 'The Food of Singapore Malays: Gastronomic Travels Through The Archipelago'.

Hadiah Sejarah Singapura NUS 2027 akan buat julung-julung kali mengiktiraf karya media bukan cetak yang meneroka sejarah Singapura.

Ini termasuk filem, dokumentari, teater dan banyak lagi.

Edisi seterusnya Hadiah Sejarah Singapura NUS akan bersilih ganti antara karya buku dan karya media bukan cetak setiap tiga tahun.

Dalam satu kenyataan Profesor Madya Joey Long, ketua Jabatan Sejarah di FASS berkata: "Kami sangat menyokong kepercayaan penderma kami bahawa rakyat Singapura boleh pelajari lebih banyak mengenai sejarah Singapura menerusi pelbagai medium.

"Ini termasuk dokumentari, filem, seni visual, seni persembahan, seni pemasangan, podcast dan video (tidak termasuk buku audio, buku yang dicetak dan buku elektronik).

"Oleh demikian kami berbesar hati kerana Hadiah Sejarah Singapura NUS diperluaskan untuk mengiktiraf karya-karya menjangkau buku, yang juga mencerminkan komitmen NUS untuk memupuk penghargaan lebih menyeluruh kepada sejarah silam Singapura menerusi platform moden dan mudah diakses."

Panel juri bagi anugerah itu akan dipengerusi oleh diplomat veteran dan Zamil Terhormat di Institut Kajian Asia NUS, Kishore Mahbubani.

"Berkat sumbangan penderma kami yang mengggandakan hadiah wang tunai dan menggalakkan penciptaan kategori baharu, rakyat Singapura kini dapat melibatkan diri dengan lebih mendalam dengan sejarah negara yang kaya," kata Encik Mahbubani.

"Tidak dinafikan bahawa fasa seterusnya pembangunan Singapura, rasa identiti kebangsaan Singapura harus diperdalam dan diperkukuhkan.

"Cara terbaik untuk melakukannya adalah dengan memupuk pemahaman mendalam dan bersama mengenai sejarah Singapura. Justeru, selain daripada sumbangan secara akademik dan ilmiah, Hadiah Sejarah NUS Singapura juga menyokong satu kepentingan negara."

Pencalonan dibuka bagi karya-karya dalam Bahasa Inggeris, termasuk yang diterjemahkan kepada bahasa itu.

Karya-karya perlu menyentuh tentang sejarah Singapura, dengan matlamat memberikan pandangan baharu atau cara baharu untuk menarik imaginasi rakyat Singapura.

Tiada had pada tarikh penghasilan karya.

Mereka yang berminat boleh menghantar maksimum tiga karya selewat-lewatnya pada 31 Mei 2027.
Sumber : CNA/HA/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan