Jualan kilat durian FairPrice S$1.95 kembali lagi di 3 lokasi
Anggaran Waktu Membaca:
Bermula hujung Mei hingga awal Jun 2026, FairPrice jual durian pada harga S$1.95 di tiga lokasi. (Gambar: FairPrice)
SINGAPURA: Musim durian bakal menjadi jauh lebih rancak!
FairPrice Group membawakan semula jualan kilat durian tahunan pada harga S$1.95 untuk tahun 2026. Promosi ini akan berlangsung selama tiga hujung minggu di tiga cawangan FairPrice terpilih.
Jualan ini menawarkan durian kampung seberat antara 600g hingga 800g pada harga S$1.95 sebiji, berdasarkan siapa cepat dia dapat.
Anda boleh mendapatkan durian murah ini di lokasi-lokasi berikut:
FairPrice Bedok North Blk 212: 22 hingga 24 Mei
FairPrice Kang Kar Mall (Hougang): 29 hingga 31 Mei
FairPrice Elias Mall Atrium (Pasir Ris): 5 hingga 7 Jun
Jualan akan bermula pada pukul 9.00 pagi setiap hari.
Tawaran ini terhad kepada 300 pelanggan pertama setiap hari, dengan pembelian maksimum dua biji durian bagi setiap orang, selagi bekalan masih ada.
Bagi peminat durian premium, jenis lain seperti King of Kings (Raja Segala Raja) dan Udang Merah (Red Prawn) juga ada dijual pada harga biasa sepanjang tempoh promosi tersebut.

Sumber : CNA/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.