Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Jika kucing anda tunjukkan simptom ini, ia mungkin tertekan...

Kucing akan menjadi tertekan apabila pemiliknya berada di rumah sepanjang masa kerana ia mengganggu rutin kehidupan yang biasanya menyendiri.

Anggaran Waktu Membaca:
Jika kucing anda tunjukkan simptom ini, ia mungkin tertekan...

Gambar hiasan.

Diterbitkan : 04 Sep 2021 08:39PM Dikemas Kini : 04 Sep 2021 08:41PM

KUALA LUMPUR: Kucing akan menjadi tertekan apabila pemiliknya berada di rumah sepanjang masa kerana ia mengganggu rutin kehidupan yang biasanya menyendiri.

Ini terbukti apabila semakin banyak haiwan peliharaan dibawa berjumpa doktor haiwan atas masalah berkaitan tabiat dan psikologi, lapor AstroAWANI.

Kajian mendapati kebanyakan haiwan peliharaan sebenarnya 'berjuang' untuk berada bersama pemiliknya pada siang hari.

Tempat selamat atau tenang yang sebelum ini menjadi lokasi persembunyian mungkin diubah menjadi pejabat. Jadi, si kucing tidak lagi mempunyai tempat khusus.

Masalah lebih teruk jika kucing menjadi takut atau gelisah apabila berdampingan dengan anak-anak kecil.

Kebiasaannya, kucing akan mempunyai waktu senggang kira-kira tujuh jam di mana ia 'terpisah' daripada kanak-kanak pada siang hari.

"Kucing adalah spesies haiwan yang suka bersendirian.

"Ia biasanya berinteraksi dengan manusia mengikut waktu sendiri dan mahukan kawalan penuh terhadap interaksi tersebut," kata JoAnna Puzzo, pegawai kebajikan haiwan di sebuah pusat penjagaan haiwan, kepada AstroAWANI.

Kucing peliharaan tetap sayangkan pemiliknya tetapi hanya perlukan ruangnya sendiri.

Menurut AstroAWANI, berikut tanda-tanda yang perlu diperhatikan untuk mengesan sama ada kucing anda tertekan:

  • Bulu menjadi kusam, gugur
  • Menghabiskan lebih banyak masa di luar rumah
  • Kerap menyembunyikan diri
  • Menunjukkan tindak balas seperti terkejut, melompat walaupun terhadap bunyi yang tidak begitu kuat
  • Pura-pura tidur untuk elak interaksi dengan anda
  • Perubahan pada selera makan; sama ada terlalu sedikit atau terlalu banyak
  • 'Over-grooming' iaitu terlebih bergaya atau malas bergaya
  • Buang air kecil dan besar bukan di tempat sepatutnya
  • Mundar-mandir atau gelisah
  • Kurang interaksi dengan manusia

Jika kucing anda menunjukkan simptom-simptom ini, segera bawa ia bertemu doktor haiwan untuk mendapatkan nasihat.

Anda juga boleh cuba beberapa langkah seperti menyediakan satu ruang khas yang sunyi lagi selesa untuk kucing anda bermain.

Cuba sedaya upaya untuk menjaga rutin di rumah seperti biasa dan cuba elakkan membawa rakan atau ahli keluarga dalam jumlah yang ramai ke rumah. 

Sumber : Agensi berita/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan