Jewel Lapangan Terbang Changi siarkan perlawanan Piala Dunia 2022 mulai 3 Dis

Gambar: Jewel Changi Airport
SINGAPURA: Jewel Lapangan Terbang Changi akan menyiarkan Piala Dunia 2022 di Shiseido Forest Valley mulai 3 Disember 2022 atau pusingan ke-16 sehingga ke pusingan terakhir.
Dinamakan "Football Mania at Jewel", acara itu dianjurkan dengan kerjasama Qatar Airways, syarikat penerbangan rasmi Piala Dunia Fifa 2022.
Para penonton boleh menyaksikan perlawanan Piala Dunia itu secara percuma melalui skrin LED yang berlatar belakangkan kehijauan.
Menurut Jewel, ia adalah tayangan awam terbesar di Asia Tenggara yang disokong oleh syarikat penerbangan tersebut dengan skrin sebesar sepersepuluh panjang padang bola sepak.
Tempat itu boleh memuatkan sehingga 600 peminat bola sepak dan menyediakan tempat letak kereta percuma sehingga dua jam dengan perbelanjaan minimum S$20 dalam satu resit.
Anda harus berbelanja di cawangan yang mengambil bahagian seperti berikut:

Cawangan F&B tersebut juga akan beroperasi hingga lewat malam semasa perlawanan, jadi anda tahu ke mana anda harus pergi jika terasa lapar.
Bagi setiap perlawanan, anda boleh meramalkan siapa yang akan menjadi pemenang untuk mendapat peluang memenangi baucar hadiah Jewel.
Untuk layak, anda harus membelanjakan sekurang-kurangnya S$50 dalam satu resit untuk menebus satu kad cabutan bertuah.
Seorang pengacara akan mengumumkan pemenang pada akhir perlawanan.
Berikut adalah hadiah yang bakal anda menangi:

Lebih banyak aktiviti sampingan bertemakan bola sepak seperti permainan dan peluang bergambar akan berlangsung sepanjang tempoh tersebut.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.