Jenama kereta Hongqi dikenali sebagai 'Rolls-Royce China' bakal dijual di SG pada 2026
Anggaran Waktu Membaca:
E-HS9, SUV elektrik penuh (Gambar: Hongqi)
New: You can now listen to articles.
This audio is generated by an AI tool.
SINGAPURA: Pengeluar kereta mewah China, Hongqi, akan membuat penampilan sulungnya di Singapura pada separuh pertama 2026.
Hongqi, yang sering digembar-gemburkan sebagai Rolls-Royce China, bermaksud "bendera merah" dalam bahasa Cina. Ia merupakan lambang kebanggaan negara kerana jenama itu terkenal dengan pengeluaran limusin negara yang digunakan oleh Presiden China Xi Jinping serta pembesar China lain, ketua negara, dan golongan VIP.
Hongqi juga merupakan jenama kereta tertua dan termahal di China, ditubuhkan oleh FAW Group milik negara China pada tahun 1958.
PERANCANGAN DAN MODEL
Menerajui falsafah reka bentuk "kemewahan timur" Hongqi ialah ketua pegawai kreatifnya, Giles Taylor. Beliau merupakan seorang pereka kereta British dan bekas ketua pereka di Rolls-Royce serta Jaguar.
Sebagai sebahagian daripada cita-cita Hongqi untuk menjadi jenama global, syarikat itu memulakan rancangan pengembangan untuk menubuhkan syarikat di Asia Tenggara, Eropah, dan Amerika Latin.
Di Singapura, syarikat gergasi industri automotif Eurokars dilantik sebagai pengedar rasmi Hongqi. Eurokars juga merupakan pengedar untuk Rolls-Royce, BMW, McLaren, Pagani, dan jenama kereta mewah serta pertengahan lain.
Bilik pameran khusus dijadual dibuka di kawasan automotif Leng Kee Road tahun depan, bersama barisan kenderaan yang menampilkan pelbagai pilihan kuasa, termasuk dua kenderaan elektrik sepenuhnya (EV).
Tiga model akan diperkenalkan semasa fasa awal pelancaran Hongqi di Singapura:
E-HS9: Sebuah SUV besar elektrik sepenuhnya yang dikatakan berharga sekitar 590,000 yuan (S$105,413). Ia dianggap sebagai pesaing kepada BMW X5 dan Mercedes-Benz GLE.
G117: Sebuah SUV bersaiz sederhana premium.
E007: Sebuah SUV kompak elektrik sepenuhnya yang diperkenalkan pada Pameran Auto Beijing tahun lalu.

Dua model terakhir (G117 dan E007) adalah model baharu yang sedang dalam pembangunan.
SASARAN PENGELUARAN
Seiring dengan pengembangan antarabangsanya, syarikat itu juga mengumumkan rancangan untuk meningkatkan kapasiti pengeluarannya.
Hongqi menyasarkan untuk melancarkan 20 model baharu secara global dalam tempoh lima tahun akan datang, serta menjual 500,000 unit tahun ini, dan menghasilkan 200,000 kenderaan di luar pasaran asalnya setiap tahun menjelang 2030.

Sumber : CNA/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.