Jenama kasut terkenal SG 'Sunnystep' tebar sayap ke KL
Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Jenama kasut Singapura yang terkenal, Sunnystep dengan kasut-kasut bergaya dan reka bentuk saintifik, menebarkan sayap ke Malaysia dengan pembukaan gedung pertamanya di The Exchange TRX, Kuala Lumpur baru-baru ini, lapor Seismik.
Pengembangan itu selaras dengan peningkatan gaya hidup lebih sihat dan aktif dalam kalangan rakyat Malaysia dalam dunia pasca pandemik.
Berbekalkan misi memperkasakan orang ramai untuk bergerak bebas dan ceria, Sunnystep menawarkan huraian kasut yang baik yang mengambil kira postur badan, keseimbangan dan kestabilan.
Menurut pengasas Sunnystep, Ting Mao, kisah jenama itu bermula selepas kecederaan tulang belakang yang parah mengubah caranya berjalan, duduk dan berdiri selama-lamanya.
"Ketika itu, saya tidak menemui sebarang jenama kasut yang menawarkan ciri versatiliti dan sokongan fungsi yang amat diperlukan oleh badan saya.
"Saya yakin kasut yang sesuai boleh mengubah hidup, postur, potensi serta langkah anda ke hadapan.
"Jadi, Sunnystep dilahirkan bagi membantu orang ramai hidup dengan sejahtera dan menikmati keceriaan yang dibawa oleh pergerakan," katanya.
Gabungan sains, kelestarian dan gaya merupakan teras utama Sunnystep, menurut Seismik.
Produk utama Sunnystep seperti Balance Runner dan Dream Sneakers direka dengan teliti bagi menyokong gaya hidup yang sihat dan sejahtera.
Dedikasi jenama itu terhadap kelestarian terbukti melalui reka bentuk Dream Sneakers yang menampilkan bahagian atas yang diperbuat daripada kulit vegan berasaskan bio yang diperakui GRS serta menggunakan sisa kopi kitar semula.
Jelas Ting Mao lagi, setiap kasut Sunnystep hanya seberat 150g (saiz 37), menjadikannya selesa dipakai sepanjang hari.
"Falsafah teras kami memfokuskan kepada ‘Joy of Movement’ atau ‘Keceriaan Pergerakan’, dengan membudayakan hidup yang lebih ceria dan sihat melalui kasut yang terbaik.
"Ini termasuk gabungan sains, kelestarian dan gaya melalui kerjasama dengan kilang-kilang yang diperakui bertanggungjawab, dedikasi kami untuk menggunakan bahan-bahan mesra alam, dan komitmen kami untuk mengangkat amalan kelestarian," ujarnya.

Sumber : Sumber Web/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.