Skip to main content

Gaya Hidup

Jenama gaya hidup Denmark Flying Tiger Copenhagen buka kedai pertama di SG

Sesuatu yang ceria, berwarna-warni dan jelas berunsur Denmark kini tiba di kota Singa. Jenama gaya hidup Denmark yang digemari ramai, Flying Tiger Copenhagen, secara rasmi membuka cawangan pertamanya di Singapura pada Isnin (28 Jul), bertempat di tingkat dua pusat beli-belah Bugis+.

Anggaran Waktu Membaca:
Jenama gaya hidup Denmark Flying Tiger Copenhagen buka kedai pertama di SG

Jenama Flying Tiger Copenhagen menawarkan pelbagai produk gaya hidup. (Gambar: Flying Tiger Copenhagen)

New: You can now listen to articles.

This audio is generated by an AI tool.

Diterbitkan : 30 Jul 2025 08:18PM
SINGAPURA: Sesuatu yang ceria, berwarna-warni dan jelas berunsur Denmark kini tiba di kota Singa. Jenama gaya hidup Denmark yang digemari ramai, Flying Tiger Copenhagen, secara rasmi membuka cawangan pertamanya di Singapura pada Isnin (28 Jul), bertempat di tingkat dua pusat beli-belah Bugis+.

Ini menandakan destinasi keempat jenama itu di Asia Tenggara, selepas pelancarannya di Indonesia, Vietnam dan Filipina, kesemuanya melalui kerjasama dengan peruncit gaya hidup PT Mitra Adiperkasa Tbk (MAP).

Flying Tiger Copenhagen dikenali di seluruh dunia kerana menjadikan keperluan harian sebagai barangan yang menyeronokkan dan berfungsi, baik daripada alat tulis yang berwarna-warni dan gajet bijak hinggalah ke barangan rumah yang menceriakan serta hadiah yang penuh bermakna — semuanya dengan sentuhan Scandinavia.

Bagi meraikan pembukaan itu, satu acara pop-up interaktif akan diadakan di atrium Bugis+ dari 1 hingga 3 Ogos. Para pengunjung boleh menjangkakan permainan berskala kecil, stesen putar roda serta hadiah-hadiah eksklusif untuk dimenangi, semuanya dalam gaya unik Flying Tiger.

Dalam satu kenyataan, Ketua Pegawai Eksekutif Martin Jermiin berkata: "Kami amat teruja membuka cawangan pertama kami di Singapura dan tidak sabar untuk menjadi sebahagian daripada landskap runcit yang meriah ini. Kejayaan kami di seluruh Asia terus meraih momentum yang kukuh, dan kami yakin kemasukan kami ke Singapura akan menjadi satu tambahan yang berharga."

Flying Tiger Copenhagen memulakan perjalanannya sebagai sebuah gerai pasar lambak pada 1988. Pada 1995, kedai rasmi pertamanya dibuka dengan setiap barangan dijual pada harga 10 kroner Denmark (S$1.99). Kini, Flying Tiger Copenhagen mempunyai lebih 1,000 kedai di 39 negara.
Sumber : CNA/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita