Skip to main content

Gaya Hidup

Jenama fesyen popular Thailand Gentlewoman akan buka cawangan pertama SG pada 15 Okt

Anggaran Waktu Membaca:
Jenama fesyen popular Thailand Gentlewoman akan buka cawangan pertama SG pada 15 Okt

Pelakon Thailand Chompoo Araya menggayakan koleksi Dormitory Darlings daripada Gentlewoman. (Gambar: Gentlewoman menerusi CNA)

Diterbitkan : 10 Sep 2026 07:53PM
  • Gentlewoman, jenama fesyen dari Thailand yang diasaskan oleh Raya Wannapinyo dan rakan, akan membuka cawangan pertamanya di Singapura pada 15 Oktober 2026 di 313@Somerset.
  • Kedai ini akan menawarkan koleksi seperti Dormitory Darlings hasil kerjasama dengan pelakon Chompoo Araya dan Theory Of The Wind yang menampilkan fabrik ringan.
  • Gentlewoman terkenal dengan beg tote kanvas yang tahan lama, harga berpatutan dan reka bentuk mudah dikenali di Asia Tenggara.
  • Pengasas menyatakan hasrat untuk mengembangkan jenama di Singapura dan mengekalkan identiti unik Gentlewoman merentasi budaya.
Dijana oleh AI
SINGAPURA: Jenama fesyen popular Thailand, Gentlewoman, akan membuka cawangan pertamanya di Singapura pada 15 Oktober di 313@Somerset.

Dikenali dengan koleksi pakaian harian pada harga berpatutan, Gentlewoman diasaskan di Bangkok pada 2018 oleh Raya Wannapinyo, Siripa Rueangwutthisakulchai dan Jitpon Siriwattanamathangkul.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, beg tote kanvas jenama tersebut semakin mudah dilihat di seluruh Asia Tenggara, dengan ramai memuji ketahanan, harga berpatutan dan reka bentuknya yang mudah dikenali.
Related article image
Beg tote kanvas Gentlewoman berwarna putih. (Gambar: Gentlewoman)
Cawangan baharu di Singapura itu akan menawarkan beberapa koleksi termasuk Dormitory Darlings, hasil kerjasama dengan pelakon Thailand Chompoo Araya, serta Theory Of The Wind, yang menampilkan fabrik ringan.

Menurut kenyataan medianya, selepas pembukaan kedai tersebut, Gentlewoman “merancang untuk terus meluaskan kehadirannya di Singapura”.

Pengasas bersama Raya Wannapinyo berkata: “Sedang kami terus berkembang di luar Thailand, cita-cita kami adalah untuk membina sebuah jenama yang kekal relevan merentasi budaya dan masyarakat, sambil terus mengekalkan identiti Gentlewoman yang tersendiri.

“Kami teruja dapat memainkan peranan dalam mengembangkan landskap fesyen Singapura dan tidak sabar untuk melihat ke mana fasa seterusnya ini akan membawa kami di pasaran ini.”

Cawangan pertama Gentlewoman di Singapura akan dibuka pada 15 Oktober 2026 di 313 Orchard Road, #03-18/21, 313@Somerset, Singapura 238895.
Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita