Skip to main content

Gaya Hidup

jelasBERITA: Mengapa pakaian boleh buat kulit anda gatal, kemerahan?

Anggaran Waktu Membaca:
jelasBERITA: Mengapa pakaian boleh buat kulit anda gatal, kemerahan?

Gambar hiasan: Cunaplus M.Faba dan Doucefleur/iStock

Diterbitkan : 19 Aug 2024 06:13PM
SINGAPURA: Bila sudah berkenan pada sehelai pakaian, anda pastinya ingin mencubanya. Namun, anda juga khuatir tanda nama pada pakaian itu, mungkin meninggalkan kesan pada bahagian belakang anda. Kulit anda mungkin akan bertanda garisan merah kemerahan, yang kemudian berubah menjadi bintat dalam masa beberapa minit sahaja sejurus ia bersentuhan dengan tanda nama pakaian sedemikian.

Ia bukan sahaja melibatkan label pakaian yang menyebabkan kulit gatal-gatal. Ia juga boleh berlaku setiap kali anda menggaru gigitan nyamuk, berdiri di bawah pancutan air yang kuat ketika sedang mandi, atau menanggalkan pakaian dalam atau mana-mana pakaian yang ada getah.

Lantas, apa yang menyebabkan gatal-gatal pada kulit anda itu?

Secara kebetulan, keadaan yang menimbulkan tanda yang membonjol (tetapi tidak berdarah) itu dikenali sebagai tulisan kulit.

Apabila tekanan diletakkan pada kulit individu yang terjejas, sel mast mereka mengeluarkan bahan kimia yang dipanggil histamin, di samping bahan radang lain, yang menimbulkan tanda merah dan membonjol sedemikian.

Para doktor merujuk keadaan kulit tersebut sebagai dermografisme simptomatik atau dermatografia, yang biasanya menjejas golongan dewasa berusia kira-kira 26 tahun, menurut Science Direct dan pakar dermatologi, Dr Eileen Tan dari Eileen Tan Skin Clinic & Associates di Hospital Mount Elizabeth Novena.

"Pesakit-pesakit ini biasanya daripada golongan lebih muda (di bawah usia 30 tahun). Kebanyakan daripada mereka tidak menghidapi sebarang penyakit kulit sebelum ini," jelasnya.
Related article image
Gambar: Rattankun Thongbun/iStock
APA YANG BOLEH ANDA LAKUKAN?

Jika kulit anda sudah digaru, cuba letakkan pelembap kulit atau pembalut hidrokoloid untuk membolehkan luka tersebut pulih, ujar Dr Tan. "Cara terbaik adalah untuk menghapuskan tanda nama pakaian itu secara manual," jelasnya.

"Saya ada pesakit yang memotong tanda nama tersebut dan menampal pembalut hidrokoloid yang kecil untuk mengasingkan lagi kulit daripada cebisan label yang tinggal."

Menukar kepada pakaian yang lebih longgar dan pakaian dalam yang tidak berkelim juga membantu mengatasi masalah tersebut. Malah, beberapa jenama fesyen mencetak arahan jagaan pada fabrik pakaian tersebut dek kegusaran pelanggan.

Jika tidak diganggu, bintat yang gatal itu boleh pulih dengan sendirinya, dalam tempoh 30 minit sehingga 24 jam, kata Dr Wong. Sekalipun demikian, jika anda terus menggarunya, ia "boleh menyebabkan lingkaran menggaru dan rasa gatal yang tidak henti, dikenali sebagai lingkaran gatal-garu," kongsinya.

Bagi kira-kira 40 peratus pesakit, yang menderita kegatalan yang teruk yang menganggu kehidupan seharian mereka, antihistamin yang dimakan boleh membantu "mempercepatkan pemulihan atau mengelak munculnya simptom", jelas Dr Wong.

"Bagi mereka yang mengalami ruam yang terus berlarutan, sekalipun dirawat dengan antihistamin, kami akan menasihati mereka untuk mendapatkan nasihat seorang pakar dermatologi."
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita