jelasBERITA: Mengapa kaum hawa berdepan risiko lebih tinggi alami demensia?
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Beberapa kajian yang dijalankan dari merata dunia mendapati kaum hawa lebih sering terkena demensia berbanding lelaki.
Jenis paling lazim keadaan neurodegenaratif itu pula - yang juga jenis lebih mudah dihidapi wanita - adalah penyakit Alzheimer.
"Wanita dua kali berkemungkinan menghidapi demensia Alzheimer berbanding lelaki," jelas Dr Rana Aroos, seorang perunding dalam divisyen perubatan geriatrik di Hospital Alexandra.
Apabila seseorang mengalami Alzheimer, protein yang lain daripada biasa bergumpal dalam otak sehingga menyebabkan sel otak mati. Inilah yang membuat otak pesakit perlahan-lahan tidak dapat berfungsi.
Punca sebenar belum dapat difahami sepenuhnya tetapi seorang pakar neurologi Dr Zhao Yi Jing berkata: "Ia dipercayai melibatkan gabungan faktor genetik, sekitaran dan gaya hidup."
Pesakit Alzheimer yang berusia lebih 60 tahun pula membentuk antara 60 hingga 70 peratus kes demensia, kata Dr Jennifer Hung daripada divisyen neurologi Hospital Universiti Nasional. "Pada akhirnya, pesakit akan hilang ingatan dan ia akan begitu teruk sehingga mereka hilang kemahiran komunikasi dan motor. Pesakit sebegini akan perlu bergantung kepada orang lain bagi kegiatan seharian mereka."
Selain Alzheimer, terdapat jenis lain demensia seperti demensia vaskular, yang sering kali menyebabkan seseorang mengalami serangan angin ahmar dan penyakit Parkinson, yang boleh menjejas sistem saraf dan bahagian-bahagian tubuh yang dikawal saraf.
"Usia hanya salah satu faktor risiko terbesar yang menyumbang kepada demensia," kata Dr Hung. Memandangkan wanita biasanya hidup lebih lama, kita lebih berkemungkinan mencecah usia di mana risiko demensia lebih tinggi.
Dr Zhao menambah bahawa paras estrogen yang turun apabila seorang wanita putus haid, juga satu faktor risiko. Perubahan hormon sebegini boleh menyumbang kepada proses yang menyebabkan penyakit Alzheimer.
Di samping itu, risiko penyakit kardiovaskular meningkat bagi wanita selepas mereka putus haid, yang juga boleh menambah risiko demensia, kata Dr Chan Wan Xian, seorang pakar kardiologi di Hospital Mount Elizabeth.

Sumber : CNA/AQ/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.