jelasBERITA: Makna di sebalik kotak gula-gula merah Tahun Baharu Cina
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar hiasan: iStock)
SINGAPURA: Tahun Baharu Cina bukan hanya tentang sampul merah atau lebih dikenali sebagai 'hong bao', puding dan ladu.
Biasa dilihat di rumah-rumah orang semasa perayaan, kotak 'chuen hup' juga dikenali sebagai kotak kebersamaan, adalah gula-gula kecil yang membawa maksud budaya yang kaya dan banyak makna yang indah dan membawa tuah.
Tahun Baharu Cina, yang juga dikenali di China sebagai Festival Musim Bunga, adalah perayaan penting di negara itu, melambangkan perpisahan lama, permulaan baharu dan pembaharuan segalanya.
Orang Cina percaya bahawa makan makanan tertentu semasa Festival Musim Bunga bukan hanya mengenyangkan perut, tetapi juga boleh membawa keberkatan. Chuen hup, wadah untuk menyimpan makanan simbolik, ia penjelmaan kepercayaan ini, dengan tradisi sejak zaman dinasti Ming China (tahun 1368-1644).
Chuen hup, juga dikenali sebagai 'zan hup' atau 'quanhe' dalam bahasa Mandarin, biasanya merupakan kotak bulat besar yang dibahagikan kepada beberapa petak, setiap satu mengandungi gula-gula berbeza. Setiap jenis makanan ringan itu mewakili pelbagai makna and keberkatan untuk tahun yang akan datang, seperti tuah, kekayaan, kesihatan dan kebahagiaan.
"Lapan manisan" terdiri daripada akar teratai, biji teratai, sengkuang Cina, tembikai musim sejuk, hirisan lombak, limau kumquat, parutan kelapa dan hirisan kelapa.
Makna mereka kebanyakan berkaitan kepada sebutan atau makna aksara Cina. Sebagai contoh, sebutan akar teratai dalam bahasa Mandarin - 'lin ngau' atau 'lian ou', - adalah serupa dengan perkataan Cina untuk 'tahun' dan 'mempunyai', dan bersama-sama ia bermaksud 'bertuah setiap tahun'.
Untuk biji teratai pula, maknanya adalah untuk melahirkan ramai anak - ada pepatah dalam tradisi Cina bahawa lebih ramai kanak-kanak membawa lebih tuah kepada rumahtangga.
Sengkuang Cina ditulis dengan cara yang sama dalam bahasa Mandarin dengan perkataan untuk kuku kuda, jadi ia mewakili pepatah Cina lama bahawa 'kuda datang membawa kejayaan'.
Buah tembikai musim sejuk selalunya sangat lebar dari atas ke bawah, melambangkan permulaan dan penghujung tahun yang baik.
Hirisan lobak merah oren dan kumquat melambangkan kekayaan kerana nama dan warnanya merujuk kepada emas.
Kedua-dua parutan kelapa dan hirisan kelapa melambangkan keharmonian keluarga dan mendoakan anak lelaki bagi anggota lelaki dalam keluarga - perkataan untuk kelapa ('yeh ji' atau 'ye zi') berbunyi serupa dengan frasa 'anak dan bapa' dalam bahasa Cina.
Adakalanya, makanan ringan goreng juga diletak dalam kotak sebagai tambahan kepada lapan manisan. Ini kerana warna coklat keemasan juga melambangkan wang dan kekayaan.
Biji tembikai kadang-kala dimasukkan ke dalam kotak. Aksi merebut biji tembikai itu seperti mengutip wang, yang berkaitan dengan rezeki pada tahun mendatang.
Selain makanan ringan tradisional, chuen hup moden mengandungi hidangan lain untuk memenuhi pilihan orang ramai, terutamanya kanak-kanak.
Ia merupakan perkara biasa untuk mencari kuih-muih yang dibungkus berwarna-warni, seperti gula-gula, buah-buahan atau syiling coklat. Gula-gula Arnab Putih atau White Rabbit, sebagai contoh, sudah menjadi makanan ruji dalam chuen hup sejak beberapa generasi.
Tambahan yang lebih menarik termasuk makaron, biskut atau kuih-muih Jepun, menunjukkan bahawa chuen hup tradisional terbuka kepada pengaruh antarabangsa.
Chuen hup moden boleh ditambah tetapi ia lebih bermakna untuk fokus kepada kuih-muih, yang melambangkan kemanisan dan kebahagiaan dalam tahun akan datang.
Akhirnya, kotak gula-gula hari ini sudah menjadi lebih fleksibel dan menarik, ia bukan lagi terikat kepada keperluan tradisional. Walaupun maksud tradisional dan makanan masih penting, berkongsi kebahagiaan makanan ringan dalam kotak bersama adalah perkara utama yang tidak akan berubah.

Sumber : Agensi berita/SK/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.