jelasBERITA: Di mana letaknya keistimewaan Nasi Kandar?
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Baru-baru ini, sebuah kedai nasi kandar yang popular di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur, Nasi Kandar Jamal Mohamed, 'dibawa' ke Arab Street oleh The Malayan Council (TMC).
Meskipun sudah terkenal dengan makanan fusion, TMC kali ini memilih untuk membuka 'cabang' baharu yang menunya sama dengan apa yang ditawarkan Nasi Kandar Jamal Mohamed. Restoran itu kemudian dinamakan sebagai Mamak's.
Antara sebab pemilik TMC dan rakan niaganya berbuat demikian adalah potensi mengekalkan keaslian hidangan nasi kandar itu sendiri - memenuhi selera ramai kerana keunikannya, sekali gus mengatasi persaingan dalam industri makanan Singapura.

Di mana sebenarnya terletak keistimewaan nasi kandar? Dan adakah ia sama dengan nasi campur atau sekadar nasi putih yang dimakan dengan kuah kari?
Berikut 5 perkara menarik tentang Nasi Kandar.
1. MEMANG MAKANAN ORANG INDIA
Banyak sumber seperti Taste Atlas menyatakan Nasi Kandar diperkenalkan di Pulau Pinang oleh masyarakat pedagang India.

Ini sememangnya boleh dijangkakan kerana mengikut sejarah, Pulau Pinang dikenali sebagai pelabuhan yang disinggah ramai pedagang pada abad ke-19 disebabkan lokasinya yang terletak di pinggir Selat Melaka.
Pulau Pinang juga popular dalam kalangan pedagang kerana statusnya yang bebas cukai.
Rempah-ratus pula antara barangan yang rancak didagangkan ketika itu.
Maka tidak hairanlah, Nasi Kandar 'muncul' di Pulau Pinang kerana pedagang dari India yang membawa rempah-ratus, sering ke sana.
2. DIPANGGIL NASI KANDAR KERANA...
Dari awal lagi, nasi kandar terdiri daripada nasi (yang ada kalanya dimasak dengan rempah), beberapa lauk kari dan sajian sampingan berempah seperti sayur-sayuran, daging atau makanan laut.
Namun apa yang membuat hidangan klasik itu khususnya dipanggil 'Nasi Kandar' adalah cara pedagang India dahulu menggunakan kayu yang diletakkan pada bahu untuk membawa dan menjual nasi serta lauk-pauk yang dimasak.

Kayu itu sendiri dipanggil kandar, menurut definisi Dewan Bahasa dan Pustaka. Istilah 'mengandar' juga wujud, yang membawa maksud membawa barang dengan memikulnya.
3. KEISTIMEWAAN NASI KANDAR
Nasi Kandar ada beberapa ciri unik dan dikatakan berzat.
Sebagai contoh, meskipun kari mamak yang disajikan pekat dengan baunya melekat di jari, ia selalunya dimasak tanpa atau kurang santan. Jadi gulainya kurang kolestrol berbanding gulai biasa.

Dari segi berasnya pula, berbeza dengan cara nasi biasanya dimasak di rumah, semasa menyediakan Nasi Kandar, kanji dibuang agar kandungan gula dapat dikurangkan.
Di samping itu, bendi yang sering menjadi lauk sayuran popular dalam Nasi Kandar, antara lain kaya dengan antioksidan, baik untuk kulit, mengandungi vitamin C.

Pendek kata, keunikan Nasi Kandar tidak hanya terletak pada gabungan kuah dan campuran rempah ratus yang cepat membangkitkan selera makan. Ia juga pada cara ia dimasak mahupun bahan-bahan yang digunakan.
4. NASI KANDAR, NASI CAMPUR... SAMA?
Persoalan ini mungkin sering kali bermain dalam fikiran mereka yang belum pernah mencuba Nasi Kandar.
Jawapan ringkasnya, dua hidangan itu tidak sama.
Nasi Kandar lazimnya disajikan dengan beberapa kari mamak sementara Nasi Campur dimakan dengan gulai Melayu.
Bermakna, kalau nasi dihidangkan dengan lauk asam pedas, ia jelas sudah tidak boleh dianggap Nasi Kandar. 😂
Sebab itu jugalah Nasi Kandar lazimnya cuma boleh didapatkan di restoran mamak sahaja.

Kuah mamak yang dituang ke atas nasi juga lebih banyak daripada biasa sehinggakan ada yang memanggil hidangan itu "Nasi Kandar Kuah Banjir".
5. NASI KANDAR KINI MAHAL?
Dewasa ini, Nasi Kandar boleh dianggap 'boleh tahan mahal' kerana boleh mencecah sehingga belasan dolar.
Namun pada akhirnya ia bergantung kepada pilihan lauk-pauk dan sajian sampingannya.
Kalau anda sekadar memilih ayam atau daging, bendi dan telur, besar kemungkinan harga yang perlu dibayar cuma kira-kira S$6.

Tetapi kalau anda mempunyai tekak dengan selera 'mahal' dan memilih lauk dan hidangan sampingan seperti kari kepala ikan, kari ketam, 'lamb shank' ataupun udang galah, bersedialah untuk membayar lebih S$30 sepinggan.
Perlu ingat juga ya... kedai-kedai perlu terus naikkan harga makanan dan minuman. Bahan-bahan masak semakin mahal gara-gara inflasi.

Sumber : BERITA Mediacorp/AQ/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.