jelasBERITA: Apa maknanya hidap barah payudara tahap 0 atau DCIS?
Anggaran Waktu Membaca:

Seorang wanita menjalani pemeriksaan mamogram. (Gambar fail: iStock/xavierarnau)
SINGAPURA: Penyanyi tempatan, Joanna Dong, baru-baru ini berkongsi tentang dirinya sedang menjalani rawatan bagi ductal carcinoma in situ (DCIS), atau barah payudara Tahap 0.
Tidak lama selepas itu, Joanna mendedahkan menerusi Instagram bahawa doktor-doktornya menemui ketumbuhan berukuran 7 milimeter dan beliau disahkan menghidapi barah payudara Tahap 1.
Anda pasti setidak-tidaknya pernah dengar tentang barah payudara Tahap 1, tetapi apa pula barah payudara Tahap 0?
DCIS merujuk kepada barah Tahap 0, iaitu titik permulaan barah payudara. Dr Celene Ng, yang mengetuai divisyen pembedahan payudara di Hospital Alexandra, menjelaskan bahawa DCIS adalah tahap barah payudara paling awal yang dapat dikesan dan ia membentuk antara 25 hingga 30 peratus barah payudara dalam kalangan wanita Singapura.
"Apabila seseorang didiagnosis dengan DCIS, ia bermakna beliau menghidap barah payudara," terang Dr Samuel Ow, seorang perunding kanan di Jabatan Hematologi-Onkologi di Institut Barah Universiti Nasional Singapura (NCIS).
Bagi DCIS, sel barah payudara tertumpu pada duktus susu payudara, tambah Dr Ng. "Sel pada lapisan duktus payudara menjadi tidak normal tetapi belum lagi menyerang lapisan duktus sehingga melibatkan tisu-tisu lain di sekitarnya."
Dr Ong Kong Wee, pengarah perubatan K W Ong Breast and General Surgery Clinic, berkata sel barah DCIS kekurangan dua ciri penting barah payudara Tahap 1: Keupayaan untuk menyerang dan menghancurkan tisu-tisu sihat di sekelilingnya, dan kecenderungan untuk merebak menerusi pembuluh darah dan duktus limfa.
Untuk menjadi berbarah, sel-sel melalui beberapa tahap. DCIS adalah titik terakhir sebelum pesakit menghidapi barah, tambah Dr Ng.
GEJALA DCIS
Benjolan pada payudara merupakan salah satu tanda paling lazim DCIS, terutama sekali dalam kalangan wanita berusia 40 tahun, kata Dr Ng.
Gejala-gejala lain DCIS termasuk cecair berdarah yang keluar daripada puting atau perubahan pada kulit, serupa dengan tanda-tanda barah payudara, tambah Dr Ow.
Simptom yang tidak selalunya berlaku pula adalah ruam berterusan dikenali sebagai penyakit Paget, di mana kulit puting dan areola pesakit berubah dan kelihatan seperti terkena ekzema.
"Perubahan pada kulit itu, tidak seperti dermatitis, dan akan berterusan meskipun pesakit menjalani rawatan perubatan topikal," ujar Dr Ng.
ETNIK MUNGKIN PENGARUHI RISIKO
Tidak ada tanda-tanda jelas etnik seseorang akan meningkatkan risiko seorang wanita menghidapi barah payudara tetapi ada satu kajian yang seolah-olah membuktikan sebaliknya.
Satu kajian Singapore Breast Cancer Cohort pada 2021, yang menilai faktor-faktor risiko dan penanda genetik wanita Singapura, mendapati kadar barah payudara dalam kalangan wanita Cina adalah lebih tinggi berbanding wanita Melayu dan India.
Dr Ong berkata sebab-sebab yang mendasari perkara itu tidak jelas, walaupun ia mungkin ada kaitan dengan keupayaan melahirkan dan menyusukan anak serta masalah obesiti, menurut maklumat dalam kajian.
Kajian sama turut mendapati wanita Melayu mempunyai kadar penakatan keseluruhan bagi tempoh lima tahun yang paling teruk (58.5 peratus) dalam kalangan tiga kumpulan etnik.
Ini selain mengalami gejala pada usia lebih muda, ketumbuhan lebih agresif dan didiagnosis pada peringkat lebih lanjut.

Sumber : CNA/AQ/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.