Skip to main content

Gaya Hidup

Jejaka muallaf ini keliling dunia, jatuh cinta dengan keindahan Islam

Sudah mengunjungi 60 negara di dunia malah berhijrah memeluk agama Islam.

Anggaran Waktu Membaca:
Jejaka muallaf ini keliling dunia, jatuh cinta dengan keindahan Islam

Michael Ruppert, yang mengelilingi dunia dan menemui Islam. (Gambar: Facebook: Starring You)

Diterbitkan : 13 Jul 2016 08:17AM Dikemas Kini : 14 Jul 2016 06:48AM

BERITAMediacorp: Sudah mengunjungi 60 negara di dunia malah berhijrah memeluk agama Islam.

Itulah dua ciri utama jejaka berketurunan Belanda-Belgium ini yang menarik perhatian ramai.

Empat tahun lalu, Michael Ruppert membuat keputusan untuk meninggalkan rumahnya dan memenuhi impiannya untuk mengelilingi dunia, lapor laman Dream.co.id.

Kini beliau sudah meneroka puluhan negara dalam masa empat tahun termasuk Turki, Indonesia, Albania dan Malaysia.

Related article image

Yang menariknya, perjalanan beliau membawa dirinya kepada Islam, justeru mempelajarinya dan akhirnya mengucapkan dua kalimah syahadah!

Menurut Michael, 29 tahun, semasa beliau berada di Indonesia dan Malaysia, beliau banyak berinteraksi dengan masyarakat Islam.

Related article image
Michael Ruppert, yang mengelilingi dunia dan menemui Islam. (Gambar: Facebook: Starring You)

Kebanyakan masanya diluangkan bersama keluarga-keluarga angkat yang dikenalinya ketika dalam perjalanan ke pelbagai kota.

Michael memberitahu saluran televisyen Indonesia Morning Show, kekerapan beliau menyaksikan amalan-amalan keluarga angkat, yang beragama Islam, mencetuskan minat dalam diri untuk mendalami agama mereka.

"Setelah saya tinggal bersama beberapa keluarga Islam di Malaysia dan Indonesia, saya mahu mengetahui lanjut dan terdapat banyak persoalan seperti, apa yang mereka baca dalam Al-Quran, apa yang mereka lakukan di masjid dan apa yang mereka rayakan semasa bercuti. Perasaan ingin tahu itulah yang membawa saya kepada Islam," menurut Michael seperti yang ditukil dari Mvslim.com.

KIRIM POSKAD KEPADA SESIAPA YANG BERMINAT 

Beliau sering berkongsi pengalamannya menerusi kiriman poskad kepada rakan-rakan dan keluarga.

Related article image

Michael berkata semasa mengunjungi negara-negara lain, beliau mendapat inspirasi untuk memulakan projek 'Starring You' - yang membolehkan beliau mengelilingi dunia dengan bantuan orang-orang yang tidak dikenali beliau, menurut The Star.

Projek itu bermula pada tahun 2012, di mana beliau akan mengirimkan poskad kepada setiap individu yang memberikan alamat mereka kepada beliau.

Projek itu ternyata berjaya apabila begitu ramai orang dari merata dunia memberikan alamat mereka kepada Michael - beliau kini sudah menerima lebih 6,000 alamat, menurut The Star.

Related article image

"Manusia suka menerima sesuatu yang dikirimkan kepada mereka, yang boleh mereka pegang. Jika anda bandingkannya dengan emel, sekeping poskad adalah sesuatu yang boleh anda simpan dan dibaca semula pada masa lain. Manakala kiriman emel mudah dilupakan setelah anda membacanya," jelas beliau tentang sebab beliau memilih mengirimkan poskad kepada orang yang tidak dikenali.

MAKIN RAMAI PELAWA DANA BAGI PROJEK 'STARRING YOU'

Sedang laman Facebook 'Starring You' menjadi semakin popular, beliau turut menerima pelawaan daripada orang-orang yang tidak dikenali dari merata dunia yang mahu memberikan dana bagi projeknya itu malah menawarkan katil untuk beliau tidur, lapor The Star.

Related article image

Michael juga rajin memuat naik perkembangan terkini beliau di laman Facebook tersebut dan juga di laman starringyouworldwide.

Menurut catatan terbaru di laman Facebook 'Starring You', Michael kini berada di Medan, Indonesia.

Sumber : Agensi berita/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita