Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

'Jejaka metro' tarik perhatian ramai di Piala Dunia di Qatar

Anggaran Waktu Membaca:
'Jejaka metro' tarik perhatian ramai di Piala Dunia di Qatar

(Gambar: mozzartsport/TikTok)

Diterbitkan : 26 Nov 2022 09:23PM Dikemas Kini : 26 Nov 2022 09:30PM
QATAR: Segelintir peminat yang menonton perlawanan bola sepak Piala Dunia di Qatar menzahirkan rasa kagum kepada seorang pekerja Piala Dunia, yang meraih tumpuan ramai dengan pantas sekali gus menjadi sensasi di Internet.

Pekerja tersebut, yang ditugaskan untuk menunjukkan arah ke Stesen Metro Souq Waqif kepada para peminat Piala Dunia, menjadi bualan hangat di wadah online disebabkan keghairahannya dalam menjalankan tugas yang kelihatan biasa-biasa saja.

Dilihat duduk di atas kerusi tinggi, lelaki tersebut, yang dilaporkan merupakan warga Kenya, memberi panduan kepada orang ramai yang mahu ke stesen metro dengan menggunakan sarung tangan raksasa yang menunjukkan isyarat jari telunjuk, sambil berteriak "metro" dengan penuh semangat menerusi megafon.

Orang ramai didapati merakam gelagatnya itu, sepertimana yang dilihat menerusi sejumlah video TikTok mengenainya. Malah, garis pagar atau 'hashtag' yang digunakan seiring dengan "metro guy" menerima tontonan sebanyak 12.4 juta di TikTok. Ini memandangkan beliau kini dikenali dengan gelaran "metro guy" (lelaki metro).

Dalam kebanyakan video yang dimuat naik itu, lelaki berkenaan dilihat melaungkan "metro" dengan pelbagai gaya, sambil diikuti oleh laungan "ke arah sini" oleh sekumpulan peminatnya.
 
Sementara itu, seorang pengguna TikTok menarik perhatian mengenai bilangan orang yang pergi semata-mata untuk melihat lelaki itu, mengambil 'selfie' dan merakamnya, yang sekali gus meningkatkan popularitinya di media sosial. Pengguna tersebut berkata: "Datang ke Qatar bukan untuk saksikan Messi, tetapi untuk melihat Metro Man."

Pekerja Piala Dunia tersebut malah, dilihat di sosial media menerima pengiktirafan atas usahanya, daripada majikannya dalam majlis penyampaian hadiah yang diadakan secara tidak rasmi. Beliau menerima beberapa hadiah, termasuk sepasang kasut sukan, dan barangan sempena Piala Dunia.

Sanjungan kepada lelaki tersebut tercetus di tengah-tengah kontroversi sekitar Piala Dunia di Qatar - termasuk aduan mengenai penginapan dan pertikaian mengenai isu hak asasi manusia.
Sumber : Today/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan