Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Jangan lakukan 10 perkara ini apabila memarahi anak: Pakar psikiatri

Anggaran Waktu Membaca:
Jangan lakukan 10 perkara ini apabila memarahi anak: Pakar psikiatri

(Gambar: iStock)

Diterbitkan : 10 Apr 2022 04:21PM Dikemas Kini : 10 Apr 2022 04:23PM

KUALA LUMPUR: Nampak biasa sahaja marah pada anak, tetapi sebenarnya ia memberi kesan trauma kepadanya sehingga dewasa.

Hakikatnya, ada segelintir ibu bapa yang gemar memberi kata-kata cacian, herdikan, malah menengking anak-anak apabila mereka melakukan kesalahan, menurut Astro AWANI yang memetik artikel dari majalah Keluarga

Lebih menyedihkan sekiranya ibu bapa sendiri yang gagal mengawal emosi apabila berhadapan dengan sesuatu masalah dan akhirnya, anak-anak yang menjadi mangsa tempat mereka melepaskan amarah.

Inilah yang dinyatakan oleh Pakar Psikiatri Dan Pensyarah UIAM Kuantan, Dr Rozanizam Zakaria mengenai anak yang sering dimarahi oleh ibu bapa, lapor Astro AWANI.

Beliau menyenaraikan 10 perkara yang tidak patut dilakukan apabila memarahi anak.

10 Pantang Larang Bila Marah Anak

Marah macam mana pun dengan anak, jangan buat perkara ini:

1) Pukul sampai berbekas
2) Kurung dalam bilik
3) Ugut tinggal luar/tepi jalan/berikan anak kepada orang lain
4) Banding dengan kawan baik anak anda
5) Tidak berbual dengan anak tanpa memberikan sebab (Silent treatment)
6) Ugut sayang adik-beradik yang lain sahaja
7) Tinggal di tempat gelap
8) Rakam anak menangis dan memalukan beliau
9) Kata anak ni “menyusahkan”
10) Menyumpah/keluar kata-kata kesat

Impak

Semua ini impak daripada tindakan sedemikian besar, dalam dan lama pada kehidupan anak. Ramai dewasa yang saya temui masih tidak boleh teruskan kehidupan daripada trauma sebegini, kata Dr Rozanizam yang ditukil Astro AWANI.

Kebanyakan ibu bapa yang marah sampai ke tahap ini, hakikatnya salah anak itu sebahagian sahaja, yang selebihnya sebab faktor sendiri:

1) Trauma sendiri yang tidak selesai
2) Penat
3) Terlalu letih (burnout)
4) Projection (marah kepada orang lain namun meluahkan perasaan marah kepada anak sendiri)

Belajar kawal empat perkara di atas, supaya tidak menjadi sepuluh perkara di atas. Kalau tidak, percayalah, kami sedang mewariskan sesuatu kepada anak.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan