Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Jangan jemput virus ke rumah, tanganinya sebelum terlambat

Anggaran Waktu Membaca:
Jangan jemput virus ke rumah, tanganinya sebelum terlambat

Gambar: Unsplash

SINGAPURA: Dalam kesibukan dan keriangan beraya setiap minggu, jangan lupa untuk bersihkan rumah.

Selain semburan cecair nyah kumah yang kian popular. Apa lagi yang boleh dilakukan secara berkesan untuk membasmi kuman?

Kediaman yang bersih terletak di tangan penghuninya. Tiada sesiapa yang inginkan rumah yang kotor kerana ia mudah 'menjemput' kuman atau virus untuk bermastautin secara bebas. Apatah lagi udara dan sekeliling kita kini masih lagi bertarung dengan musuh iaitu virus yang tidak nampak dengan mata kasar.

toilet
Gambar: Pexels

Usah ambil lewa tentang bab kebersihan, ia bermula dari diri sendiri. Agar anda sekeluarga dapat menikmati udara dan persekitaran yang segar dan bersih, semua orang di dalam rumah harus memainkan peranan.

Selain itu, tetapkan jadual secara rutin untuk mengemas, lap habuk, menukar sarung bantal, cadar serta mencuci tuala mandi dengan kerap.

KEBERSIHAN DIRI

Kebersihan tangan merupakan ‘kenderaan’ utama bagi penyebaran kuman. Pelbagai jenis kuman boleh melekat dan bermaharajalela pada tangan yang kotor. Kuman berpindah ke tangan manusia melalui sentuhan.

Apabila anda malas mencuci tangan ia akan tercemar dan membolehkannya untuk cepat membiak ke merata tempat atau kepada orang lain.

pex
Gambar: Pexels

Cuba anda bayangkan, disebabkan tangan yang tidak dicuci, orang lain seperti anggota keluarga dan ibu bapa berusia yang tinggal serumah boleh jatuh sakit. Walaupun nampak sihat, daya ketahanan tubuh setiap manusia berbeza-beza.

Oleh itu penting untuk mencuci tangan dengan air dan sabun selain menggunakan 'sanitizer' dari masa ke semasa. Anda juga harus memastikan untuk tidak menyentuh muka atau menggosok mata, hidung dan mulut sebelum mencuci tangan.

Pelitup juga tidak harus digunakan semula setelah dipakai sehari suntuk. Jika menggunakan pelitup yang boleh dicuci, pastikan ia dicuci bersih dengan air suam dan sabun. Walaupun tiada kesan kotor yang ketara pada pelitup yang dipakai, kuman tetap akan melekat padanya apabila kita batuk dan sebagainya. Kesannya anda boleh jatuh sakit akibat kuman-kuman tersebut.

unsplash
Gambar: Unsplash

TEMPAT KUMAN MEMBIAK

Walaupun rumah sudah dibersihkan, ada kalanya masih ada sudut-sudut yang terlepas pandang. Tanpa disedari sudut inilah yang dapat menyimpan pelbagai jenis kuman dan menjadi penyebab penyakit.

Antaranya di dalam bilik tidur. Ia boleh menjadi sarang kuman jika tidak dibersihkan secara rutin.

UNSPLASH
Gambar: Unsplash

Kuman boleh berkembang biak di mana-mana di dalam bilik seperti pada mainan anak, permaidani dan tempat tidur. Anda sekeluarga akan mudah dijangkiti penyakit seperti selsema, alahan dan batuk. Sebab itu penting untuk mengganti sarung bantal dan cadar secara rutin selain membersihkan persekitaran bilik.

Selain bilik tidur, kamar mandi juga perlu diberi tumpuan. Ia bukan rahsia lagi bahawa kamar mandi adalah antara ruang yang paling kotor di dalam rumah. Suhu dingin dan kelembapannya akan merangsang tumbuhan bakteria dengan mudah. Jika jarang mencuci dan membersihkan tandas, kotoran dan daki pada celah tembok juga akan menjadi sukar untuk ditanggalkan.

pexels
Gambar: Pexels

Selain itu tempat pegang pada pintu atau tirai kawasan mandi semuanya boleh menjadi tempat berkembang biak kuman. Cara untuk membasminya tidak sukar, pastikan untuk menggunakan cairan pembasmi kuman dan sabun sekurang-kurangnya seminggu sekali.

Beralih pula ke kawasan dapur, inilah juga antara tempat di mana kuman boleh tumbuh subur. Contohnya, alat-alat dapur yang digunakan untuk siapkan sajian harian seperti papan pemotong dan sebagainya boleh mengandungi bakteria seperti Salmonella.

Selain itu span pencuci pinggan juga perlu ditukar dengan kerap, jangan tunggu sampai warnanya bertukar atau teskturnya menjadi tipis. Ini penting agar tidak terjadi pencemaran bakteria dan kuman pada perkakas dapur dan makanan.

BOARD
Gambar: Unsplash

NYAH KUMAN DI RUMAH

Selepas melakukan pembersihan secara rutin di seluruh rumah, anda juga boleh tingkatkan lagi mutu udara dan kebersihan secara menyeluruh dengan menggunakan alat penyembur kuman yang kian popular di pasaran.

Direka dengan corak dan warna yang berbeza, alat penyembur itu ringan, menggunakan kuasa bateri dan perlu dicaj sebelum digunakan.

unsplash
Gambar: Unsplash

Tuangkan cairan nyah kuman yang dapat membunuh kuman secara berkesan ke dalam botol yang direka bersama alat ini. Semburkan pada ruang dan permukaan di sekeliling rumah termasuk perabot, kerusi, meja, telefon bimbit, tombol pintu dan mana saja yang perlu dihapuskan kuman.

Ia dapat membantu membasmi kuman dengan berkesan. Tapi, usah bergantung pada alat semburan ini 100 peratus kerana habuk dan kotoran yang melekat tetap akan kekal dan menebal jika tidak dibersihkan.

PEX
Gambar: Pexels

Yang penting jangan ambil lewa tentang kebersihan rumah. Jadikan ia sebagai rutin mingguan, terutama pada musim Raya ini apabila ramai tetamu yang datang untuk kunjung mengunjung.

Apabila rumah bersih dan bebas kuman, anda juga akan dapat menikmati kehidupan yang lebih sihat dan ucapkan selamat tinggal pada virus yang tidak diundang!

Sumber : BERITA Mediacorp/fa

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa