Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Jangan buang kasut terpakai! Lebih baik dermakan di 80 tempat pengumpulan ini

Anda mahu melapangkan rak atau kabinet kasut anda dan tidak tahu nak buat apa dengan sepatu yang lama? 

Anggaran Waktu Membaca:
Jangan buang kasut terpakai! Lebih baik dermakan di 80 tempat pengumpulan ini

(Gambar hiasan: Unsplash)

Diterbitkan : 05 Aug 2021 10:48AM Dikemas Kini : 05 Aug 2021 03:48PM

SINGAPURA: Anda mahu melapangkan rak atau kabinet kasut anda dan tidak tahu nak buat apa dengan sepatu yang lama?

Apa kata buat sumbangan kepada kesejahteraan bumi dengan mendermakan kasut-kasut lama itu untuk dikitar semula di bawah program pengumpulan kasut Sport SG.

Kini, anda boleh mendermakan sepatu sukan, kasut sekolah dan sepatu getah lain di lebih 80 tempat pengumpulan merata negara untuk dikitar semula.

Apakah jenis kasut yang boleh didermakan?

Menurut Active SG,semua kasut getah termasuk sepatu sukan, kasut sekolah dan but bola sepak (tanpa butang logam) boleh diterima.

Selipar serta sandal getah tanpa sebarang bahagian logam juga boleh didermakan. Anda hanya perlu memastikan kasut-kasut itu dalam keadaan kering dan bersih secara amnya. Ini kerana kasut yang kotor boleh menyebabkan pencemaran.

Semua kasut yang dikumpulkan akan dihantar ke sebuah kemudahan mengisar dan diubah menjadi bahan salutan getah yang digunakan antara lainnya untuk membuat balapan, taman permainan, sudut kecergasan diri dan tikar gim.

Menurut Active SG, terdapat juga rancangan untuk menggunakan bahagian lain kasut bagi membangunkan prototaip buat peralatan sukan.

Antara tong tempat 'membuang' kasut lama untuk dikitar semula. (Gambar: TODAY)

Tong-tong seperti dipaparkan di atas diletakkan di 80 lokasi seperti stadium, sekolah dan cawangan Decathlon.

1. Stadium Bedok Stadium

2. Pusat Sukan Bishan

3. Pusat Sukan Bukit Gombak

4. Pusat Sukan Clementi

5. Pusat Sukan Choa Chu Kang

6. Heartbeat @ Pusat Sukan Bedok

7. Pusat Sukan Hougang

8. Pusat Sukan Jalan Besar

9. Pusat Sukan Jurong East

10. Pusat Sukan Jurong West

11. Balapan Latihan Kallang (Home of Athletics)

12. Pusat Sukan Pasir Ris

13. Pusat Sukan Queenstown

14. Pusat Sukan Tampines (Hab Tampines Kita)

15. Pusat Sukan Toa Payoh

16. Pusat Sukan Sengkang

17. Pusat Sukan Serangoon

18. Pusat Sukan Yio Chu Kang

19. Pusat Sukan Yishun

20. Pusat Sukan Woodlands

21. Makmal Singapura Decathlon

22. Decathlon Bedok

23. Decathlon City Square Mall

24. Decathlon Orchard

25. Decathlon Joo Koon

Lebih 60 sekolah juga menyediakan tempat mengumpulkan sepatu meskipun ia hanya dibuka kepada kakitangan dan pelajar, bukan kepada anggota awam.

Senarai penuh boleh didapati di sini.

Sumber : Today/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan