Jambu batu merah bukan saja enak, ketahui 8 khasiatnya untuk kesihatan anda!
Jambu batu merah atau pink guava sememangnya diketahui boleh membantu mempercepatkan proses penyembuhan sekiranya seseorang disahkan menghidap demam denggi.
Jambu batu merah.
KUALA LUMPUR: Jambu batu merah atau pink guava sememangnya diketahui boleh membantu mempercepatkan proses penyembuhan sekiranya seseorang disahkan menghidap demam denggi.
Tetapi tahukah anda, jambu batu merah ini sebenarnya mengandungi pelbagai khasiat lain termasuk daunnya.
Ini antara khasiat-khasiat buah ini.
1. Bantu turunkan berat badan
Berita baik buat yang ingin melangsingkan badan! Jambu batu merah dapat membantu kerana kandungan kalorinya yang rendah.
Tidak hanya kalorinya rendah, jambu batu merah juga kaya dengan serat yang mengenyangkan.
2. Melegakan senggugut
Tanyalah mana-mana wanita, setiap kali berlakunya haid ia pasti mengganggu aktiviti harian mereka tapi ketidakselesaan itu mungkin dapat dikurangkan dengan memakan jambu batu merah.
Terdapat kajian menunjukkan pengambilan ekstrak daun jambu batu merah sebanyak enam miligram setiap hari dapat mengurangkan rasa sakit ketika haid.
3. Mengatasi masalah sembelit
Ekstrak daun jambu batu merah kaya dengan anti bakteria yang dapat membantu melawan bakteria penyebab masalah sembelit atau cirit birit.
4. Anti barah
Walaupun pelbagai kajian masih dilakukan, namun daun buah ini juga dikatakan mampu bertindak sebagai anti kanser selain menghentikan pertumbuhan sel-sel baru dalam badan pesakit.
5. Menurunkan tekanan darah
Bagi pesakit darah tinggi, elok mengamalkan makan pink guava kerana kandungan antioksidan di dalamnya boleh membantu menurunkan tekanan darah dan melebarkan pembuluh darah.
6. Meningkatkan sistem imun tubuh
Vitamin C cukup penting dalam meningkatkan sistem imunisasi badan seseorang dan sumber vitamin itu kaya dalam jambu batu merah.
7. Menjaga kesihatan kulit
Ingin nampak lebih muda dan berseri? Amalkan makan buah ini kerana ia mengandungi pelbagai vitamin dan antioksidan yang melambatkan penuaan.
8. Menurunkan kadar gula
Ekstrak daun pink guava dipercayai dapat membantu menurunkan kadar kandungan gula dalam darah bagi pesakit kencing manis jika diamalkan setiap hari.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.